Thursday, February 2, 2012

PAS baru ingat nak perjuangkan Melayu !! Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 23 Februari 2011 Oleh: Hatta_Adnan Heboh dalam akhbar-akhbar tempatan tentang ucapan Tok Guru yang dulu tolak sangat bangsa-bangsa dan kebangsaan, tapi kini hendak pula perjuangkan orang Melayu semula. Adakah puak-puak lebai PAS ini baru terhantuk selepas undi-undi orang Melayu kini sudah tidak lagi menyokong mereka di beberapa PRK ? Siapa yang pecahbelahkan umat Islam dalam satu qaryah kepada dua imam hanya kerana fatwa dari Tok guru mereka bahawa orang UMNO ini kafir ? Itu yang Datuk Fatmi berkata PAS perlu minta maaf kepada orang Melayu sebelum hendak pejuangkan Melayu semula. Malah Pemuda UMNO Malaysia menerusi Pengerusi Biro Agamanya, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apa yang cuba dilakukan oleh puak-puak “totok” tersebut adalah semata-mata untuk menutup keterlanjuran Nik Aziz dalam nakhoda perjuangan Pas yang umpama lalang dan tidak berpendirian. Beliau berkata, Perkara itu bukanlah satu perkara baru kerana tiap kali timbul sesuatu perkara yang menjerut leher Nik Aziz, akan timbul “tok dalang” dan “tukang karut” bagi mengalih tumpuan terhadap tali yang menjerut leher “tok guru” mereka itu. Baca baki entri ini » Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | 4 Komen » Satu Malaysia: Jati Diri Bangsa Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 22 Februari 2011 Oleh : Anak Kecil Dari Gunung Tiada satu pun etnik di negara ini terpinggir daripada arus kemajuan negara malah semuanya menikmati hasil kekayaan dibumi yang amat bertuah ini. Malah, Malaysia turut menjadi ” Syurga” kepada pendatang asing mencari rezeki untuk menanggung keluarga mereka di negara asal. Tidak dapat dinafikan dalam era dunia tanpa sempadan, masih terdapat segelintir rakyat dinegara ini yang hidup dalam arus kemiskinan. Namun , perlu diingatkan bahawa segala dasar dan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan berjaya menurunkan paras kemiskinan daripada 52.2% pada 1970 kepada 3.6% pada tahun 2007. Begitu juga peratusan miskin tegar sebanyak 4.0% pada 1990 berjaya diturunkan pada 0.7% pada tahun 2007. Taraf kehidupan rakyat Malaysia kini jauh lebih sempurna berbanding dengan sebelum merdeka. Keberanian pihak tertentu untuk menggugat keharmonian dan keamanan negara sejak kebelakangan ini mencalarkan maruah dan kedaulatan negara. Pelbagai Onak dan duri diharungi oleh generasi terdahulu dalam perjuangan menegakkan kemerdekaan, namun usaha untuk mempertahankan kemerdekaan ini dijiwa dan pemikiran setiap masyarakat Malaysia mutakhir kini kelihatannya lebih sukar. Tepat pada masanya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melaungkan konsep ” Satu Malaysia “. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup dinegara ini saling berkongsi satu wawasan, matlamat , impian tanpa mengira fahaman agama, idealogi politik, taraf kedudukan, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian negara secara berterusan. Mesej ” Satu Malaysia ” perlu dihayati oelh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat disebaliknya. Golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara. Penyatuan etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Rakyat negara ini tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Kelekaan menyebabkan penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku disesetengah negara. Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia . Bak kata perpatah ” Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung “. Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | Leave a Comment » Pas, Nik Aziz Perguna Islam Untuk Untung Politik Bukan Pertahan Islam Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Februari 2011 Petikan Artikel daripada blog : www.isuhot.com untuk bacaan Semua Bekas Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menggunakan apa juga peluang yang ada untuk memburukkan musuh politiknya di Malaysia termasuk sanggup mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Beliau berkata Menteri Besar Kelantan itu rela mempertahankan Kuan Yew, yang juga bekas Perdana Menteri Singapura, dengan menganggap cadangannya supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk daripada Islam nasionalis Melayu. “Nik Aziz lebih teruk daripada Islam nasionalis. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik daripada segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. “Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal (Singh), (Lim) Kit Siang, (Lim) Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya dalam entri terbaru beliau di www.chedet.co.cc hari ini. Baca baki entri ini » Dikirim dalam Agama, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 4 Komen » PAS menjadi “ Kambing Hitam “ di Merlimau nanti. Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Februari 2011 Oleh : Hatta _Adnan Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) menafikan desas-desus bahawa PAS mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Merlimau, sebaliknya parti yang sentiasa mempermainkan hukum Islam itu akan menurunkan calonnya pada pilihan raya kecil 6 Mac ini. Ketua Umumnya (diktator yg tidak dipilih secara demokrasi), Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu. Sebelum itu, para pemimpin utama PAS menafikan tidak mahu bertanding seperti ura-ura yang banyak diperkatakan sebelum ini. Sebab utama mengapa PAS dan PKR tidak mahu bertanding dan meletak calon masing adalah dipercayai kerana gelombang kemaraan Barisan Nasional terutamanya di Merlimau adalah sangat hebat. Sebelum ini, selepas pengesahan ADUN Merlimau meninggal dunia, Samsul bersungguh-sungguh untuk menawarkan diri untuk beranding di Merlimau. Namun, apabila mereka mengkaji gelombang rakyat yang sememangnya memihak kepada BN terutamanya selepas kejayaan di Tenang, Johor..akhirnya menarik diri. Akhirnya seperti biasa PAS akan dikambing hitamkan sekali lagi. PKR seperti biasa akan merampas hak PAS dikerusi-kerusi yang mereka yakin menang sahaja. Rasa penuh simpati kerana sudah banyak kerusi PAS kini dimiliki PKR. Rumusannya… PAS terus menjadi PAK TURUT kepada DAP dan PKR. Kesian sungguh PAS… Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik | 4 Komen » MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 24 Januari 2011 Oleh: Anak Kecil Dari Gunung UMNO adalah sebuah parti islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini. UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA. Dalam islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan adakah ini bukan tuntutan islam? Kerajaan Barisan Nasional ( BN ), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan umat islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju. Kita tidak perlu label “ Membangun Bersama Islam “ kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat islam kerana tidak mahu islam miskin dan tidak ada kekuatan. Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program, Sejarah | 8 Komen » PAS TERSEPIT DIANTARA PKR DAN DAP Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 18 Januari 2011 Oleh : Anak Kecil Dari Gunung Kita sudah naik jelak dengan soal perpaduan yang tidak berkesudahan. Memang memalukan, dulu semasa Muktamar PAS, Presidennya sendiri yang berkata mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi apabila Nik Aziz menentang, maka terus UMNO disalahkan. Dalam Muktamar itu, mereka memuji UMNO walaupun mengakui UMNO ada kelemahan, tetapi bila didesak sekutu mereka demi kepentingan politik, macam-macam caci maki dilontarkan kepada UMNO. Kenapa PAS tidak mengambil tindakan? Bukankah dalam muktamarnya juga ada perwakilannya sendiri yang tidak suka dengan tindakan PAS pusat kerana gagal berpegang kepada prinsip, terutamanya tentang akidah dan untuk mewujudkan sebuah negara islam. Tetapi sekarang , atas nama Tahaluf Siyasi dalam bahasa Arabnya atau politik permuafakatan dalam Bahasa Melayunya, Pas seolah-olah menghalalkan cara untuk berpakat dengan PKR dan DAP yang memang terkenal denagn Cauvanis semata-mata mahu menjatuhkan BN. Baca baki entri ini » Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program | 1 Komen » SIAPA ANWAR IBRAHIM INGIN BERDEBAT DENGAN PM ? Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 14 Januari 2011 Oleh : Hatta_Adnan SASAU dan meroyan Anwar Ibrahim disebabkan ‘gila talak’ nak jadi Perdana Menteri dan menduduki kediaman serta berpejabat di Putrajaya semakin parah. Siang malam melalak nak pulihkan sokongan bekas penyokongnya yang dah cabut lari meninggalkan parti miliknya – PKR. Macam-macam helah dilakukannya untuk meraih kembali sokongan yang nyata semakin surut. Setelah ‘politik janji’ Anwar dan konco-konconya yang dinamakan sebagai ‘projek 100 hari’ mendapat sanggahan negatif daripada banyak pihak, dia melalak pula minta berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Siapa Anwar Ibrahim yang minta berdebat dengan PM tu? Siapa dia? Apa kedudukannya dalam kepimpinan politik di Malaysia? Hebat dan setinggi mana jawatannya dalam kepimpinan pembangkang di negara ini? Sedangkan yang membentang projek 100 hari itu di Kongres Pakatan tempoh hari ialah Lim Guan Eng, bukannya Anwar Ibrahim. Kenapa sibuk dan menyibuk pasal kritikan PM erhadap projek itu? Apakah jawatan sebagai Ketua Umum yang disandangnya tanpa sah di sisi peraturan dan perlembagaan partinya itu dah besar sangat? Apa maksud ketua umum? Bukankah ketua umum itu bermaksud dia (Anwar bin Ibrahim) hanya menjadi ketua pada umumnya sahaja. Ketua sebenar orang lain, bukannya dia. Mana-mana parti politik di dunia ini tidak ada ketua umum. Yang ada ialah Presiden, Pengerusi atau Yang Dipertua. Hanya orang bangang sahaja yang mengaiktiraf ketua umum sebagai ketua kepada segala ketua. Sedangkan untuk berada di jawatan itu tidak pernah pun ada sebarang pertandingan atau proses pemilihan. Secara suka-suka sahaja mereka menamakan dirinya (Anwar) sebagai ketua umum sedangkan ketua sebenar PKR ialah Wan Azizah Wan Ismail, isterinya. Sementara ketua DAP ialah Karpal Sing dan Pas pula Abdul Hadi Awang. Ketua Umum duduk tang mana? Atas pagar atau di kayangan? Fatamorgana atau fantasi sahaja? Oleh itu mana layak PM Malaysia, DS Najib berdebat dengan makhluk yang tak berapa siuman itu? Dan isu yang hendak didebatkan pulak ialah mengenai ekonomi. Apa kelayakan Anwar nak bercakap pasal ekonomi Malaysia? Hebat sangatkah dia tentang ekonomi? Baca baki entri ini » Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 10 Komen » CINTA TIGA SEGI PAS-PKR-DAP Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 12 Januari 2011 Oleh: Anak Kecil Dari Gunung Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri , adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara? Sudah pasti , bila sahaja beliau menerajui negara ini beliau akan turut meggunakan pendekatan yang sama ( seperti kerajaan sekarang ) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan – golongan pemprotes jalanan. Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin yang unggul dan bukan juga pejuang tulin. Sehingga kini apa yang jelas, perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar Ibrahim hanya ada cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang penting daripada cita-cita tersebut walaupun terpaksa meggadai negara ini dan menjual kaum sendiri. Baca baki entri ini » Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 5 Komen » Khalid Mempersoalkan Kuasa Dan Hak DYMM Sultan Selangor? Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 11 Januari 2011 Oleh: Kawan Lama Membaca tulisan Khalid Ibrahim “Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikkan SUK” dalam blog DSAI memperlihatkan betapa singkatnya pemikiran beliau. DSAI dengan bangganya memaparkan ketidakbijaksanaan Khalid ini dengan harapan agar kemelut ini dilihat sebagai langkah mudah bagi beliau untuk meletakkan Azmin sebagai pengganti Khlaid kelak untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri Selangor. Namun ini bukan perkara yang ingin dibangkitkan oleh penulis. Apa yang menarik perhatian penulis mengenai agenda tersembunyi pakatan pembangkang iaitu menegakkan Ketuanan Rakyat di Selangor. Resolusi untuk meminda Perlembagaan Negeri merupakan hanya gimmick politik sahja demi untuk mendapat sokongan rakyat Selangor. Adakah rakyat Selangor sanggup untuk bersekongkol dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkan yang menerajui Selangor untuk memashyurkan Ketuanan Rakyat bagi menggantikan Ketuanan Melayu/Kedaulatan Raja-Raja Melayu? Baca baki entri ini »

No comments:

Post a Comment