PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, February 11, 2012
Pas Ganti Kopiah Dengan Topi, Jubah Dengan Jersi
Perkara terakhir yang akan terlintas difikiran penulis ialah Pas tidak dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama Islam di mana-mana tempat Pakatan harami ini berkuasa.
Pas sudah lebih 60 tahun mempromosikan parti itu sebagai parti Islam, hudud, negara Islam dan terbaru negara kebajikan – sebab Pas baru sedar ia negara Islam tidak ada dalam Al-Quran, macam mana entah boleh terlepas pandang selama 60 tahun.
Itu satu hal, satu hal yang lain, sudah jadi kebiasaan Pas akan menggelar ahlinya sendiri dengan pelbagai gelaran baik-baik seperti ustaz dan ustazah, manakala yang agak tinggi akan diberi gelaran tok guru dan sebagainya.
Semua itu untuk mempromosikan dan mendoktrinkan Pas sebagai parti Islam yang ‘tersohor’ dalam ini negara.
Tapi semuanya berubah kini bila Pas di Selangor diberi tugas jaga hal sukan dan adat resam Melayu (fungsi mirip perjuangan UMNO yang seringkali dituduh rasis ini).
Soal adat resam Melayu ini penulis kurang nak mengulas sebab sudah diulas dengan baik oleh rakan penulis yang lain. Penekanan penulis hari ini ialah pada portfolio sukan yang sebelum itu dipegang Khalid sendiri sebagai Menteri Besar.
Selangor ini negeri penting untuk dijadikan rujukan tentang bentuk kerajaan pakatan harami ini kalau berjaya memerintah Malaysia kelak sebab hanya Selangor sahaja di mana gabungan 3 parti pembangkang ini benar-benar berpakat. 3 negeri yang lain itu dikuasai secara solid oleh Pas dan DAP, kalau ada pun diselitkan Exco PKR, itu hanya wayang untuk rakyat nilai kononnya depa ini berpakat.
Tidak lebih dari itu.
Jadi bila di Selangor Pas diberikan fungsi jaga sukan, apakah jenis penghinaan yang cuba ditonjolkan itu?
Kita tak pernah kenal Pas kerana kemampuan mengumpulkan orang bertandang ke stadium menonton perlawanan bola, yang kita tahu Pas berkemampuan kumpul orang dengar ceramah politik pakatan dan menyertai demo-demo jalanan sambil memakai kopiah putih.
Kita tak pernah kenal Pas kerana kemampuan mengumpulkan orang bertandang ke stadium menonton perlawanan bola, yang kita tahu Pas berkemampuan kumpul orang dengar ceramah politik pakatan dan menyertai demo-demo jalanan sambil memakai kopiah putih.
Itu kelebihan dan kemampuan Pas, tapi kenapa pula di Selangor Pas diperuntukkan untuk jaga hal-hal sukan? Sukan ini kita tahulah, majoritinya terdedah peha, kalau tidak pangkal peha (renang). Sesuai ke al Ustaz Yunus ini jaga perkara-perkara sedemikian? Lihat aurat dalam hal pembedahan lain, ini dalam hal sukan.
Penulis dimaklumkan, ini satu lagi bukti pengaruh DAP di Selangor apabila meniru bulat-bulat konsep sama di Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang dimana DAP menguasai, seorang Exco PKR dilantik menjaga portfolio tersebut walaupun Pas punya wakil tunggal dalam DUN Pulau Pinang – Abdul Salleh Man.
Tapi Pulau Pinang berbeza. Selain satu-satunya negeri majoriti orang Cina, Pulau Pinang juga tidak ada masalah berkaitan gejala murtad yang sikit demi sedikit melanda negara sekarang ini seperti Selangor.
Dibanding dengan Pulau Pinang yang hanya ada wakil tunggal Pas di dalam DUN, Selangor juga punya lebih ramai ADUN dari Pas yang boleh diketengahkan untuk memegang portfolio tersebut.
Dan Pas masih diberi fungsi jaga sukan, tak pelik ke tu?
Sebenarnya inilah nanti fungsi Pas dalam kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Rakyat (mintak jauh) yang akan lebih dikuasai DAP.
Macam mana liberal pun Pas, DAP tahu yang mereka tidak akan bertolak ansur tentang hal ehwal Islam (terutama murtad), kerana selain pegangan, Islam sudah jadi periuk nasik pemimpin Pas untuk kekal relevan dalam politik kepartian negara ini.
DAP pun tahu, walaupun sudah diputuskan dalam muktamar Pas bahawa negara Islam (sebut hudud) digugurkan untuk diganti dengan negara berkebajikan, masih ramai pemimpin Pas yang bercakap mengenainya sehingga kini, seperti Nik Aziz dan Nasrudin Hassan al-Tantawi – petunjuk perubahan dasar hanya retorik politik.
Disebabkan Pas tidak mahu berubah, maka tugas DAP untuk mengubahnya. Maka itu Dr. Yunus diberi tugas jaga sukan dan Dr. Rani diberi tugas Pengerusi Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (sebut kebajikan).
Pengajaran dalam hal perlantikan Exco baru di Selangor ini ialah, PKR dan Pas sudah dikuasai DAP selain Pas itu sendiri sudah tidak boleh diharap dalam hal menarik undi orang Islam menggunakan modal agama.
Demi itu Pas perlu diubah, DAP tidak mahu Pas terkenal dengan imej Islam, sebaliknya sukan.
Sehinggakan pada satu masa orang akan kata ‘Ingat Pas, ingat Sukan’.
Peace…
Adamyan
Lagi Berita Berkaitan :
Realitinya Bukan “Pas Ganti UMNO” Tapi “DAP Ganti Pas”
Pas Takkan Boleh Ganti UMNO, Yang Sebenarnya DAP Ganti Pas – Muhyiddin
Tiada Cadangan Ganti Bantuan Baja Dengan Wang Tunai
Mohd Khusrin Ganti Ramli SUK Selangor
Berita Bertarikh 20 January 2012 Pada 7:05 PM
Berita Keseluruhan Kategori Rencana & Pendapat »
Berita Terkini
Pembangkang Sengaja Cetus Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan
Visi Masa Depan Keutamaan BN, Bukan Janji Kosong – Shariman
BN Perlu Bersatu Padu Untuk Menang PRU 13 – Daim
Muhyiddin Lawat Perak Hari Ini
Ibu Tersentuh Najib Penuhi Impian Anak Autisme
Kerajaan Baru Morocco Jadikan UMNO Pakar Rujuk
Ketua Menteri Harus Beri Penjelasan Penjualan Tanah Bayan Mutiara
Lantik Salahuddin Sebagai MB Johor, Pas Berangan Menang PRU-13
Berita Bergambar :
Majlis Perhimpunan Rakyat
Prihatin Nasib OKU
Rasmi Program Pemantapan Jentera
Follow umnoonline on Twitter
Log in +
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO
59,848,343 Juta Hits Sejak 1 Jan 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment