PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, February 10, 2012
Penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini diberi amaran supaya tidak berkelakuan biadap sehingga sanggup mencabar kerajaan dan Perlembagaan atau berdepan tindakan tegas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sekiranya masalah itu tidak dibendung, ia dikhuatiri merosakkan masa depan negara serta pelajar itu sendiri.
Justeru katanya, Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua pihak IPT di negeri ini melakukan pemantauan pergerakan pelajar bagi memastikan mereka tidak melibatkan diri dalam gejala seumpama itu kerana ia tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka.
Minta pihak universiti pantau
“Kita minta pihak universiti, khasnya yang terdapat di negeri ini agar memandang serius perkara ini, kita mahu mereka sentiasa memantau pelajar mereka.
“Sebagai pelajar mereka seharusnya fokus dalam pelajaran mereka seterusnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan bukannya terlibat dalam perkara sebegini,” katanya.
Ahmad Razif menyatakan perkara itu selepas merasmikan majlis Penyerahan Baucar Buku 1Malaysia kepada 479 pelajar Politeknik Kuala Terengganu di Wisma Darul Iman, Terengganu.
Beliau berkata perlakuan pelajar IPT sejak belakangan ini dilihat sering menentang kerajaan dengan kes terbaru membabitkan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang didakwa mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial, facebook.
Percaya didalangi pembangkang
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, beliau tidak menafikan pembabitan pelajar IPT dalam demonstrasi atau perhimpunan menentang kerajaan berkemungkinan didalangi pihak pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan.
Katanya, tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka (pelajar) yang terlibat kerana kita tidak mahu ia menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar menentang kerajaan.
“Sebaliknya mereka kena fikir, apa yang lebih penting adalah memberi tumpuan kepada pelajaran demi masa depan mereka bukan bertindak mengikut perasaan atas satu-satu perkara.
“Kita memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada mana-mana pelajar IPT di negeri ini agar tidak terbabit dalam kegiatan seumpama itu dan sekiranya degil, mereka berdepan tindakan tegas,” katanya. - GZDaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment