PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, February 12, 2012
Penyakit Anwar Merebak-Adun PAS berzina!!
Beberapa hari lepas blog Papagomo ada menyiarkan berita tentang Adun PAS Selising YB Ustaz Drs Saipul Bahrin yang dikatakan berzina dengan isteri orang di dalam koc keretapi.
Jika dulu pernah heboh tentang Mat Sabu berkhalwat dengan isteri orang dan juga Din Puduraya (Sallehudin) juga dengan isteri orang, kini giliran adun PAS Selising pula berzina dengan isteri orang, macam dah menjadi trend pulak pada pemimpin2 PAS suka main isteri orang...heheheh.
Apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin PAS ni, mulut kata islam, perbuatan macam setan!, benda yang dilarang agama itulah yang dia nak buat.
Kalau benar perkara ini berlaku didalam parti yang mendakwa memperjuangkan Hudud, maka sahlah sudah bahwa parti ini telah mendapat kemurkaan dan laknat Allah swt, kita tunggu apa tindakan yang akan diambil oleh pimpinan PAS tentang perkara ini.
Jika benar perkara ini berlaku, apakah si perlaku akan dikenakan hukum Qisas atau si perlaku akan terlepas seperti mana terlepasnya Mat Sabu dulu?.
Agaknya berapa ramai lagi pemimpin2 dalam PAS yang terlibat dengan perkara terkutuk ini?, setakat yang kita tahu cuma 3-4 kes sahaja, tapi yang tersembunyi mungkin lebih banyak lagi dari angka itu.
Mungkin pihak atasan Parti Para Wali ingin menutup pekung ini daripada merebak, sebagaimana yang mereka lakukan untuk menyelamatkan Mat Sabu yang berkhalwat dengan isteri orang dulu.
Maklumlah Parti Para Wali mesti bersifat maksum.
Pemimpin Parti Para Wali mesti ingat bahwa mereka tidak akan berupaya untuk menutup segala maksiat dan kemungkaran yang berlaku dalam parti mereka, kerana semakin mereka cuba untuk menutup pekung, Allah akan telanjangkan semua pekung-pekung mereka kepada semua supaya kita dapat melihat hakikat sebenar disebalik jubah dan serban mereka dan mereka akan menjadi hina sehinanya!!.
Beginilah jadinya, bila agama diperdagangkan menurut hawa nafsu dan politik menghalalkan cara menjadi amalan, seolah-olah diri sudah bersih dan sempurna.
Nampaknya penyakit Anwar telah mula merebak dikalangan pemimpin2 pakatan terutamanya pemimpin2 dari PARTI PARA WALI, keseronokan yang Anwar kecapi hendak dirasai sama oleh yang lain.
Lepas pada satu kes, satu kes lagi berlaku, seolah-olah telah menjadi kewajiban pada pemimpin Parti Para Wali untuk berlumba-lumba membuat maksiat.
Jika maklumat ini tidak benar atau sengaja diada-adakan, maka aku rasa Adun Selising YB Ustaz Drs Saipul Bahrin dan juga Din Puduraya mesti tampil dan membersihkan nama baik beliau dan keluarga dan sekurang-kurangnya menafikan berita ini atau mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mereka-mereka yang mensensasi berita ini.
Tetapi sehingga hari ini mereka masih membisu dan berdiam diri seolah-olah perkara ini memang benar-benar berlaku.
Aku harap penyokong2 tegar Parti Para Wali tidak akan menuduh UMNO menjadi dalang atau konspirasi ini didalangi oleh UMNO, kerana setiap kali berlaku perkara seperti ini , maka UMNO jugalah yang dipersalahkan!.
Seperti yang berlaku pada Nizar Pencacai tempoh hari yang kemalangan di hadapan bangunan UMNO Perak, UMNO juga yang dituduh merancang konspirasi sehingga kemalangan itu berlaku, apa punya banggang korang ni?.
Jangan pandai menuduh syirik pada orang lain, sedangkan perbuatan diri sendiri itu pun boleh jatuh kepada syirik!!
Kemumu di tengah pekan,
Dihembus angin jatuh kebawah;
Jika ilmu tidak diamalkan,
Bagaikan pohon tidak berbuah.
Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu;
Sebarang kerja hendaklah difikir,
Supaya jangan mendapat malu.
Wallahuallam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment