Friday, February 10, 2012

PERJUANGKAN AGAMA USAH KETEPIKAN BANGSA Budaya Politik Melayu seringkali tidak cerdik, kerana politik maka segalanya yang menjadi asas habis di leraikan telanjangkan satu persatu hinggalah memberikan ruang kepada bangsa asing menguasai diri dan bangsanya sendiri. Inilah yang terjadi dalam Politik bangsa Melayu di Negara ini pada hari ini.Orang-orang Melayu Islam berpolitik untuk menguasai dan meruntuhkan kerajaan sedia ada di bawah daulah Islamiah. Muktahir ini Institusi raja-raja pula di babitkan dalam kemelut ideologi politik kepartisan hingga mewujudkan kumpulan pro dan kontra terhadap Institusi Kesultanan Melayu itu, Apa tujuan?. Hanya satu iaitu menegakkan benang basah dan biarlah para penyokong sendiri memandang tinggi kepadanya dan penyokong dari puak kafir Harbi memandang tinggi kepadanya.Tujuan utamanya hanyalah Politik dan kuasa. Kumpulan mana yang melakukan perkara ini di Negeri Perak dan Selangor?. Adakah mereka dari bangsa yang berlainan dengan Raja-Raja Melayu?.Bangsa dan Agama apakah mereka yang berbaring di jalan raya menghalang kereta di raja Perak?. Bangsa apa dan agama apa yang di anuti oleh manusia yang mempertikai titah Sultan di Selangor?.Bangsa apa dan Agama apa orang yang memasang kain rentang menghina Sultan di Terengganu?.Bangsa dan Agama apa manusia yang menghina jenazah al mahrum Sultan Johor. Ingatlah bahawa Institusi Raja-Raja Melayu merupakan benteng terakhir orang melayu. Dan Orang Melayu merupakan bangsa yang membawa bersamanya Islam sebagai ad-din sepertimana tertulis di dalam perlembagaan negara perkara 160 yang mentarifkan bahawa "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan— (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian; Menderhaka kepada Raja Melayu adalah juga menderhaka kepada bangsa sendiri. sebarang usaha menjatuhkan maruah Raja- raja Melayu adalah juga perbuatan menjatuhkan maruah orang-orang melayu hayatilah Wasiat Raja-raja melayu yang terpaksa di keluarkan oleh Raja muda Perak YM Raja Nazrin Shah bagi mengingatkan orang-orang melayu yang terlalu taksub berpolitik gilakan kuasa.Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah: • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia). • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini. • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan. • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). (Dengan ihsan utusan Malaysia) Sudah di wasiatkan, Sudah di jamin di dalam perlembagaan hak orang Melayu dan Islam jadi apalagi kita yang sebangsa dan seagama ini bercakaran?. Adakah kita telah di pergunakan oleh orang lain untuk menjahanam kan bangsa dan agama kita?.Ayuh anak bangsa ku kita bersatu mempertahankan apa yang telah kita punyai, lupakan sengketa dan hasad dengki serta dendam kesumat, marilah kita mewujudkan kerajaan PERPADUAN antara sebangsa dan seagama. Jangan terlalu taksub kepada kumpulan tertentu hingga senang di bawa hanyut dalam kesesatan dan kefasikkan. Semua kita bertauhidkan kalimah”LAILA HA ILL’ALLAH WA MUHAMMADUR RASSULLAH”. Dicatat oleh Melayu Pasir Gudang di 12:22:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini Label: politik Isnin, 3 Mei 2010 PERKASA - yang memperkasakan bangsa - Part 1 Assalamualaikum. Tahniah aku ucapkan kepada seluruh kepimpinan dan ahli serta penyokong PERKASA. Kali ini aku dapat melihat ada kebangkitan bangsa yang selama ini terlalu banyak bertolak ansur hingga segala hak yang termaktub di dalam perlembagaan pun sanggup di kompromikan demi kelangsungan politik.Suara PERKASA merupakan suara Bangsa Melayu yang kecewa dengan UMNO yang terlalu banyak berpolitik hingga hak bangsa di kompromikan. Hari ini utusan Malaysia melapurkan "Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meminta kerajaan supaya memberikan layanan setaraf dan adil kepada seluruh Sekolah Agama Rakyat (SAR), sama seperti yang dilakukan terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.Pada masa ini kerajaan telah memberikan bantuan yang begitu banyak kepada SJK sehingga berbilion ringgit hanya untuk membayar gaji gurunya sahaja sambil pada masa sama berterusan memberi bantuan prasarana dan kuasa autonomi. Sedangkan jelas beliau, SJK itu pada hakikatnya bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan tetapi tetap diizinkan demi menjaga kepentingan dan keharmonian kaum di negara ini.Dan bantuan kepada SJK itu selama ini langsung tidak dipertikaikan oleh orang Melayu termasuk Perkasa. Bagaimanapun, tegas beliau, berbanding SAR, kerajaan telah mengenakan pelbagai syarat bagi membolehkan bantuan penuh diberikan, walhal penubuhannya adalah selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kepentingan dan hak istimewa Melayu dan agama Islam. "Berilah sama adil kepada SAR sama seperti layanan baik kepada SJK, buktikan keprihatinan kerajaan melalui gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," Kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali. Perkara ini sebenarnya terlalu banyak di utara dan di suarakan oleh UMNO dalam setiap kali perhimpunannya samada peringkat bahagain mahupun di peringkat kebangsaan, malangnya suara hanya tinggal suara kerana UMNO takut di tuduh rasis, Inilah kelemahan UMNO yang mesti di ambil alih oleh PERKASA yang tidak terlibat dengan politik demi memperjuangkannya hak bangsa melayu. UMNO pula mestilah membuangkan mentaliti bahawa SAR akan melahirkan kader-kader yang akan membangkang kerajaan. Aku minta bukan sahaja layanan yang sama atau setaraf dengan SJK malah kerajaan mesti mengubah korikulum SAR supaya setara bagi seluruh negara dan sijilnya di iktiraf oleh Kerajaan, bantulah SAR agar menjadi sekolah bistari kerana hanya sekolah ini sahajalah yang pelajarnya 100% orang melayu.Kalau MRSM sekarang telah di nodai oleh 10% bukan melayu tapi SAR masih lagi dapat mempertahankan kesuciannya. Teruslah berjuang wahai PERKASA, teruslah menghunus keris warisan mu,soal politik kau serahkan sahaja pada UMNO. Kalau PERKASA terlalu berpolitik aku takut jadi macam UMNO, dah hunus keris, melutut mintak maaf pula. Dicatat oleh Melayu Pasir Gudang di 11:24:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini Label: Minda

No comments:

Post a Comment