Sunday, February 26, 2012

Perlahan-lahan penyokong tegar Anwar bertukar angin. Daripada menafikan hakikat sebenar mereka mula mengiyakannya tetapi mendakwa Anwar sudah diperangkap oleh Eskay. Ya, saya juga merasa sedemikian. Bagaimanapun, soal yang lebih besar ialah bukan mengapa Eskay memerangkap Anwar, tetapi mengapa Anwar boleh terperangkap. Eskay tidak meletakan dadah di dalam beg Anwar dan Eskay tidak membawa Anwar ke tempat di mana seorang penembak upahan sedang menanti. Apa yang kita lihat ialah Eskay, Anwar dan seorang pelacur Cina berada di dalam satu bilik. Eskay kemudiannya keluar meninggalkan mereka berdua. Bukan Eskay yang menanggalkan pakaian Anwar dan bukan juga pelacur Cina itu yang menanggalkan pakaian Anwar. Semuanya Anwar buat sendiri. Sebagai seorang pemimpin Islam, seorang pejuang masyarakat sivil, seorang suami dan seorang ayah, Anwar boleh memilih untuk meninggalkan bilik tersebut, namun pilihan itu hanya dibuatnya setelah selesai mengadakan aksi-aksi intim bersama pelacur itu. Apakah ini satu perangkap? Ramai dikalangan mereka yang rapat dengan Anwar mengambil keputusan tidak bercakap dengan media tentang keputusan analisa video daripada 2 pakar Amerika Syarikat. Tidak seperti sebelumnya. Ramai yang mula berwaspada apa lagi apabila semalam didedahkan pula video seorang individu yang menonton aksi seks Anwar bersama Dato’ Trio. Individu itu adalah seorang yang sering berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Namanya Datuk Johari Abdul, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani. Sebelum ini Johari Abdul tidak pernah di ambil serius oleh Anwar dan mereka yang berada di puncak kuasa PKR. Bahkan kemenangan Johari Abdul dalam pilihanraya 2008 juga dianggap satu lawak jenaka. ‘Joe’ tersenyum puas melihat aksi bosnya Daripada raja lawak, ‘Joe’ tiba-tiba menjadi penting dan sumbangannya amat-amat dihargai Anwar. Lantaran ‘Joe’ mengambil keputusan untuk memahkotakan sendiri dirinya menjadi ‘maharaja lawak’ dengan menerbitkan video menangkis kesahihan Anwar sebagai pelaku dalam video seks tersebut. Bagi yang berkesempatan menonton video itu, pertama sekali kita semua perlu bersetuju bahawa jika kalah di dalam pilihanraya akan datang, Johari Abdul belum cukup layak untuk menggantikan Mazidul Akmal sebagai ‘anchor’ program TV terkemuka. Keduanya, kegagalan ‘Joe’ mengemukakan hujah-hujah saintifik sebaliknya hanya berpandukan derianya sahaja. Hanya perlu seseorang yang memahami asas-asas videografi untuk tersenyum dengan kecetekan hujah-hujah teknikal ‘Joe’. Saya tidak berhasrat menjawab kelemahan pemahaman teknikal ‘Joe’ kerana 2 pakar dari institusi terkemuka dunia sudah mengesahkan bahawa video itu tulin tanpa ‘super impose’ atau ‘tampering’. Menerusi analisa imejan lelaki di dalam video tersebut dan setelah di ‘match’ kan dengan database mereka mengesahkan bahawa 99.99% lelaki X dalam video tersebut ialah Anwar. Kegagalan ‘Joe’ memahami implikasi penggambaran video dalam keadaan ‘low light’ dan kesan terhadap pergerakkan menunjukkan kecetekkan hujahnya Maka berbekalkan bukti rakaman-rakaman cctv yang menunjukkan Eskay bersama Anwar pada malam itu dan analisa imejan oleh 2 pakar itu tidak lagi timbul persoalan berhubung identiti lelaki tersebut. Sedang Johari Abdul menghitung hari menanti pendedahan seterusnya tentang skandal tuntutan wang pelincir dan wang pampasan olehnya, pimpinan lain di dalam PKR menghitung hari pendedahan seterusnya tentang Anwar. Apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh Eskay? Bila pula kita akan didedahkan aktiviti Anwar di Thailand? Apa pula aktiviti itu? Satu cara untuk menyelamatkan Anwar ialah dengan memastikan perhimpunan Bersih pada 9 Julai akan datang berjaya membangkitkan penentangan massa terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga berlaku sesuatu yang boleh membantu Anwar menyelamatkan dirinya. Itu sahaja pilihannya setakat ini. Kebangkitan golongan ‘Erdogan’ didalam Muktamar PAS yang lalu juga sebenarnya meresahkan lebih dari melegakan Anwar. Pertama ialah pemilihan Mohamad Sabu yang memang tidak sebati dengan Anwar sebagai Timbalan Presiden PAS. Mohamad Sabu walaupun pro Pakatan tetapi tidak pernah sebulu dengan Anwar. Tewasnya grup Ulama’ dan kebanjiran ‘Erdogans’ di dalam tampuk kuasa memberikan kumpulan ini mandat untuk berunding terus dengan DAP tanpa penentangan lantang dari grup Ulama’. Gabungan Mohamad Sabu dan ‘Erdogans’ sebenarnya membuka lembaran baru didalam hubungan DAP-PAS. Pendek kata, PAS tidak lagi memerlukan Anwar Ibrahim untuk berunding secara langsung dengan DAP. Menjunamnya Anwar Ibrahim dilihat dapat mengalihkan undi Melayu anti UMNO supaya bulat kepada PAS. Apabila melihat Tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato’ Shuib Lazim dan Dato’ Eskay melangkah keluar dari Mahkamah Majistret pada Jumaat lalu, saya dapat merasakan ini hanya permulaan. Keyakinan diri ‘Trio Patriot’ negara semakin meningkat. Strategi permainan mereka ada ‘class’ kata orang. Sumpah seranah, cacian dan hinaan yang dilemparkan kepada mereka hanya akan ditangkis dengan lebih banyak pendedahan. Tetapi lebih penting daripada itu, mereka sebenarnya tahu bila masanya yang terbaik untuk membuat pendedahan-pendedahan mereka. Keupayaan mereka untuk tidak melatah dan emosi menamatkan prasangka bahawa ini tidak lain hanya sekadar ‘Rahim Thamby Chik’ hendak membalas dendam. ‘Trio Patriot’ bukan sahaja tahu ‘the art of war’ tetapi turut mengamalkannya. Memimjam bahasa orang muda hari ini, boleh saya katakan ini, ‘EPIC!”. Rate this: Rate This Share this: Twitter Facebook Email Print Like this: Like Be the first to like this post. From: Current Affairs ← Naib Presiden PAS, Tolong Elak ‘Joke Babi’ dan Fahami Teknik Pengecaman Yang DiBuat. Tak Seindah Wajah → 37 Comments Post a comment

No comments:

Post a Comment