Friday, February 24, 2012

Pertemuan Anwar Dan Nik Abdul Aziz Hanyalah Sandiwara, Kata Zainal Abidin NIBONG TEBAL, 24 Feb – Pertemuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini tidak lebih dari satu sandiwara dan hanya cubaan Anwar untuk berdolak dalik, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman. Beliau berkata Anwar seharusnya bersikap lebih telus dengan mengemukakan penjelasan terbuka kepada semua, bukan hanya kepada kepimpinan Pas tetapi termasuk semua negara Islam. “Kita harap Datuk Seri Anwar membuat satu kenyataan terbuka, menulis surat kepada Israel kalau dia betul-betul menyokong (Israel) dan kalau dia tidak menyokong dia kena tulis surat kepada negara-negara Islam, bagi keterangan apa yang telah dicatitkan oleh WSJ (The Wall Street Journal). “Dia tidak boleh berdolak dalik…kepada Israel kata lain, kepada ulama di Mekah cakap macam lain, kepada Nik Aziz cakap lain, kepada orang kampung di Pahang cakap lain, kepada orang Cina di Pulau Pinang cakap lain. Ini bukan pentas sandiwara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Netbook 1Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas pertemuan antara Anwar dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, di Kuala Lumpur Rabu lepas berhubung kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang menyokong keselamatan Israel seperti dilaporkan WSJ. Zainal Abidin berkata kenyataan Anwar menyokong keselamatan Israel kepada WSJ dilihat sebagai langkah mendapatkan naungan dan sokongan politik daripada Israel dan negara-negara sekutunya. Apabila ditanya adakah Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat, Zainal Abidin berkata Pas mempunyai ahli-ahli yang bijak pandai dan mereka seharusnya tahu menilai antara kebenaran dan rekaan. “Pas ini orang-orang yang bijak. Tentu sekali mereka boleh membezakan antara kaca dan permata, antara pembohongan dan dusta, antara yang betul dengan yang reka. Saya harap mereka gunakan kebijaksanaan mereka ini. Fikir yang terbaik,” katanya. Justeru itu, beliau berharap Pas tidak akan menggadaikan perjuangan mereka semata-mata untuk mencapai cita-cita politik. Terdahulu, seramai 466 pelajar dari 12 buah sekolah di sekitar Seberang Perai Selatan menerima Netbook 1Malaysia. Lagi Berita Berkaitan : Putar Belit Nik Aziz Pecah Belah Umat Islam – Mudir Zainal Abidin Isu Sokong Israel : Anwar Dan Nik Aziz Jayakan Satu Lagi Sandiwara Guan Eng Hentikan Sandiwara, Contohi Khalifah Umar Abdul Aziz! Kata Dua Nik Aziz Kepada Anwar Bersifat Kepentingan Politik Berita Bertarikh Semalam Pada 4:06 PM Berita Keseluruhan Kategori Berita Pilihan » Berita Terkini Laungan Demokrasi PKR Sekadar Retorik Selcat Hanya Gimik Pura-pura Atasi Kebenaran Pembangkang Pendapatan Isi Rumah Sehingga RM3,000 Layak Pohon RMR1M – Najib SPR Nafi Penyelewengan Dalam Urusan Pendaftaran Pemilih BN Kedah Anjur Pemukiman 120 Adun Bn Bermula 2 Mac Bukan Melayu Juga Mendapat Manfaat Daripada Dasar Ekonomi Baru – Dr Mahathir Tindakan Exco Tolak Jawatan Tanda Keretakan Pimpinan Kerajaan Kedah Pertemuan Anwar Dan Nik Abdul Aziz Hanyalah Sandiwara, Kata Zainal Abidin Berita Bergambar : Lautan Manusia Pemimpin Bersama Rakyat Sambutan Meriah Follow umnoonline on Twitter Log in + PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO 59,848,343 Juta Hits Sejak 1 Jan 2011

No comments:

Post a Comment