PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, February 5, 2012
Pihak pembangkang di negara ini jelas mahu menjahanamkan konsep Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO semenjak selepas negara mendapat kemerdekaan dari pihak British lebih 50 tahun yang lalu.
Sudah jelas bahawa UMNO telah berjaya memastikan bahawa kedudukan dah hak-hak melayu dilindungi sepenuhnya didalam Perlembagaan Persekutuan tanpa boleh digugat lagi. Ini patut diterima secara sedar oleh semua pemimpin pembangkang mahupun seluruh rakyat Malaysia.
Semua hal yang berkaitan dengan hak-hak “Ketuanan Melayu”, telahpun dibincangkan dan dimuafakati oleh pengasas-pengasas kemerdekaan dan ia merupakan kontrak yang dipersetujui sebagai perkara asas didalam Perlembagaan Negara.
Tindakan pemimpin-pemimpin pembangkang termasuklah yang berbangsa melayu sendiri mempertikaikan Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO adalah merupakan sesuatu cubaan untuk merosakkan Perlambagaan Negara.
Tindakan ini juga dilihat sebagai satu cubaan jahat untuk menafikan hak bumiputera yang menjadi asas keharmonian dan ketenteraman negara selama ini.
Ternyata pembangkang melalui Pakatan Rakyat telah kehabisan modal didalam mempengaruhi pemikiran rakyat didalam usaha mereka menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Jika dilihat bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu hinggalah sekarang berusaha memelihara Ketuanan Melayu serta hak-haknya, tiada sebab untuk bangsa melayu berpaling kepada pihak lain yang jelas mahu menghancurkan usaha murni memartabatkan bangsa dan agama serta tanah air ini.
Kerajaan dibawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya memelihara dan berusaha mengekalkan hak-hak bangsa melayu sepertimana termaktub didalam Perlembagaan. Sebab itulah Tanah Rezab Melayu telah di gazettekan dan dilindungi dibawah Artikel 89 dan 90 Perlembagaan Persekutuan.
Hak-hak melayu didalam sosio ekonomi dan juga kehidupan sosial juga diperjuangkan dari masa ke masa oleh pihak kerajaan. Buktinya, bangsa melayu kini lebih berdaya saing bersaing didalam beberapa bidang perniagaan. Walaupun jumlahnya agak kecil, ia menunjukkan peningkatan yang konsisten dari tahun ke tahun.
Didalam hal pendidikan anak bangsa, pihak kerajaan telah menyediakan semua psarana lengkap dan pembiayaan pembelajaran bagi mereka yang layak tanpa sebarang prejudis. Ini bermakna, pihak yang tak menyokong kerajaan juga menerima segala kemudahan tersebut jika mereka benar-benar layak.
Begitu juga didalam memastikan kebajikan serta hak bangsa melayu terjamin didalam menjalani hidup yang lebih selesa. Bermacam jenis bantuan serta subsidi kepada bangsa melayu dan bumiputera disalurkan oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional didalam hal pembelian rumah, pemilikan harta tanah dan juga bidang keusahawanan.
Apakah ini semua tak mencukupi lagi bagi melayu-melayu yang memihak kepada pembangkang hinggakan mahu menafikan Ketuanan Melayu di dalam negara? Tanah Melayu ini sudah hampir boleh dikatakan menjadi sebuah negara bersubsidi hanya kerana UMNO mahu memastikan hak-hak serta polisi Ketuanan Melayu dijaga sepenuhnya. Apakah bangsa melayu masih belum mahu sedar?
Rakyat harus sedar, mengapa mahu diubah sesuatu perkara yang telah dijalankan dengan sebaiknya? Pemimpin pembangkang hanya mahu menumbangkan kerajaan yang sedia ada sahaja. Sebab itulah mereka terpaksa menggunakan segala isu untuk memastikan mereka boleh berkuasa.
Tetapi, adakah berbaloi mengorbankan sesuatu yang sudah menjadi milik kita hanya kerana kepentingan sorang pemimpin pembangkang berkuasa? Inilah yang patut diteliti oleh seluruh bangsa melayu di negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment