Saturday, February 11, 2012

Polis beri amaran, DAP jangan masuk campur insiden KFC on Saturday, February 11, 2012 by Pejuang Bangsa - 1 Comment Polis memberi amaran kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan kejadian pergaduhan di restoran makanan segera KFC I-City, Shah Alam, Isnin lepas supaya tidak campur tangan. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, mana-mana pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun mana-mana parti politik tidak perlu campur tangan dan menghangatkan lagi keadaan kerana undang-undang telah tersedia untuk mengambil sebarang tindakan sekiranya perlu. Katanya, insiden itu boleh diselesaikan anatara dua pihak yang terlibat tanpa perlu campur tangan orang lain agar pertelingkahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik. “Insiden ini membabitkan pelanggan dan sebuah restoran makanan segera sahaja. Orang lain tak perlu terlibat dan panaskan lagi keadaan. Masalah akan selesai tanpa melibatkan orang lain. Bagi saya, polis pun tidak perlu campur tangan sebab tak ada yang cedera," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakan Cop Remaja anjuran Polis Pulau Pinang di Padang Kota di sini hari ini. Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang pelanggan dan pekerja restoran berkenaan disebabkan ketiadaan bekalan ayam goreng, namun ada yang mendakwa pergaduhan itu berlaku akibat timbulnya elemen perkauman. Khalid berpendapat perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa campur tangan pihak-pihak yang tidak berkenaan. Beliau berkata, NGO dan parti-parti politik tidak harus campur tangan dalam hal ini supaya isu itu dapat diselesai dengan aman. "Sebenarnya polis juga tidak perlu campur tangan dalam hal ini kerana tiada yang cedera, melainkan ada orang yang cedera dan laporan polis dibuat," katanya. Anda mungkin juga meminati: Bila Nik Aziz nak keluar fatwa insiden KFC ? PANAS !! DAP guna isu Ayam KFC untuk juara isu ... Video insiden KFC terbaru yang puak-puak rasis DAP tentu ... LinkWithin

No comments:

Post a Comment