PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, February 5, 2012
RADIO PILIHAN THE FLYING KICK
PELAJAR-PELAJAR MELAYU MEMANG JENIS PEMALAS TAPI RAJIN BERDEMO!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 5:35 PM | Filed Under: demonstrasi pelajar |
Apa lagilah yang budak-budak pusat pengajian tinggi di dalam gambar dari blog DINTURLE, tidak berpuas hati? Mereka kononnya mendesak agar diberikan kebebasan akademik. Tetapi pada masa yang sama, mereka mendesak agar AUKU dibatalkan kerana kononnya AUKU itulah yang menyebabkan mereka tidak bebas. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, AUKU itulah yang menyebabkan tidak cemerlang dalam akademik kerana tidak dibenarkan berkelakuan bebas termasuklah untuk berpolitik.
Aneh tak aneh, muka-muka pelajar yang berdemonstrasi dan sibuk dengan kebebasan akademik itu adalah muka-muka pelajar Melayu. Dan hampir kesemua mereka ini bukanlah dari jenis pelajar-pelajar cemerlang, sebaliknya hanya pelajar-pelajar cukup-cukup makan.
Sudahlah masuk universiti pun atas tiket Melayu dan Bumiputera, bayar yuran pun atas biasiswa Melayu-Bumiputera dan pinjaman PTPTN, sekarang mereka melalak tentang kebebasan akademik?
Barangkali Malaysia sudah seharusnya mengamalkan dasar meritokrasi dalam pendidikan. Itu baru namanya kebebasan akademik. Malaysia sudah seharusnya memberhentikan amalan memberi peluang kepada anak-anak Melayu-Bumiputera walaupun sebahagian daripada mereka tidak layak memasuki IPTA.
Disebabkan terlalu memanjakan dan memuakan, lahirlah generasi pelajar-pelajar seperti di dalam gambar di atas. Mereka tidak berminat dengan pelajaran. Tidak cemerlang dalam bidang pelajaran, tetapi mereka perlu menarik perhatian bahawa mereka adalah mahasiswa yang hebat. Disebabkan itu, ,satu-satunya cara yang terbaik untuk mereka ialah berdemonstrasi dan buat kerja tak semenggah dan tidak memberikan sebarang faedah seperti yang kelihatan dalam gambar-gambar di atas!!!
Seharusnya Ketua Mahasiswa yang berdemonstrasi mendesak kebebasan akademik itu menjawab, di mana muka pelajar-pelajar bukan Melayu dan mengapa penguasaan ijazah kelas pertama atas lebih banyak dimiliki oleh pelajar-pelajar bukan Melayu sekalipun mereka tidak kelihatan dalam sebarang demonstrasi!!!§
Share
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment