Wednesday, February 22, 2012

RAJA Petra Raja Kamarudin akan terus menjadi buruan polis walau di mana beliau berada. Pengendali laman web Malaysia Today yang menghilangkan diri sejak lapan bulan lalu itu mesti dibawa pulang untuk menjalani tuduhan di mahkamah. Perkara ini adalah suatu tindakan yang wajib dilaksanakan. Raja Petra tidak boleh dibiar bebas membuat tuduhan yang menjejaskan nama baik individu dan negara. Apa yang paling kita bimbangkan ialah perbuatannya menyebar dakyah dan membuat propaganda menghasut rakyat supaya membenci pemimpin tertinggi negara. Bagaimana seorang yang berketurunan raja tergamak menggesa rakyat menghapuskan sistem beraja dan membentuk republik yang ditulisnya di dalam Malaysian Today. Di dalam Go Malaysian (gomalaysian.blogspot.com) Raja Petra menulis, negara memerlukan sekurang-kurangnya satu atau dua generasi lagi sebelum orang Melayu berasa selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan mengubah Malaysia menjadi sebuah republik. Katanya, ini pasti akan berlaku kerana sistem beraja termasuk raja berperlembagaan adalah sistem yang sudah ketinggalan zaman. Perbuatan tidak sayangkan bangsa Melayu itu adalah hak Raja Petra tetapi ia tidak boleh menghasut orang lain supaya membenci sistem beraja di Malaysia. Seperti biasa, lelaki yang kuat bermain dengan propaganda itu tidak bertanggungjawab sebaliknya pengecut. Sampai sekarang beliau tidak menghormati undang-undang. Sampai bila orang buruan dan pelarian ini mahu bersembunyi. Tidak usah percaya kepada orang ini, beliau tidak memegang kata-katanya sendiri tentang ketelusan dan kebebasan bersuara serta memegang prinsip mencari keadilan. Jika Raja Petra orang yang benar, tidak perlu beliau cabut lari daripada berhadapan dengan sistem keadilan negara ini. Kalau tuduhannya terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bukan bersifat hasutan atau fitnah, maka dia perlu ke muka pengadilan membuktikan dirinya adalah benar. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh Raja Petra ialah menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Selain Rosmah, Raja Petra didakwa memfitnah pengawal pengiring isteri Perdana Menteri itu, Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan. Kita menaruh keyakinan pihak polis Malaysia tidak akan menghentikan usaha mengesan Raja Petra selagi waran penahanannya masih ada. Raja Petra kini adalah seorang pelarian memandangkan semua dokumen termasuk pasportnya dirampas selepas beliau disahkan muflis. Hakikatnya Raja Petra adalah orang yang terdesak. Dan kita boleh memahami kenapa beliau melarikan diri. Ini adalah kerana Raja Petra sendiri menunjukkan dirinya telah melakukan perkara yang tidak betul dan melanggar undang-undang. Kita akan lihat dan menunggu sampai bila Raja Petra hendak melarikan diri. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Wasabi Oyabun Dicatat oleh oyabun Posted by MymassaVoice on Selasa, 5 Januari 2010 at 8:40 PG 0 comments:

No comments:

Post a Comment