Saturday, February 4, 2012

Realisasikan Perpaduan Demi Agama, Bangsa Tanahair Oleh: MOHD FAIZAL MOHD SALLEH. PERKEMBANGAN mutakhir mengenai seruan penyatuan Melayu kebelakangan ini amat memberangsangkan. Sudah nampak bibit-bibit titik pertemuan antara dua parti yang berpaksikan Islam dan Melayu ini. Usaha ini pada awalnya disuarakan oleh para pemimpin UMNO, yang melihat peri pentingnya umat Islam yang ditunjangi Melayu dalam negara kita bersatu. Pada permulaannya, kelihatan disambut agak dingin oleh para pemimpin parti PAS. Eizwan Abdullah, AJK Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA) berkata, suara akar umbi umat Melayu yang inginkan penyatuan tidak dapat menghalang suara segelintir pimpinan PAS yang masih angkuh menolak perpaduan, semata-mata dengan alasan politik yang hanya akan merugikan orang Melayu sendiri. “Tampil beberapa tokoh pimpinan PAS yang menempelak segilintik fanatik ‘anti-UMNO’ kerana menolak mentah-mentah penyatuan ini. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasarudin Hasan menyatakan penyatuan ini tidak mustsahil, dan harus ada satu pelan damai antara dua parti yang mewakili 85% pengundi Melayu ini,” ujarnya kepada UMNO-Online. Suara di kalangan anak muda seluruh negara juga amat positif, kerana mereka sedar betapa perlunya penyatuan ummah di negara kita. Hakikat yang tidak dapat ditepis, bahawa sesebuah negara hanya akan bertambah kuat hanya jika komposisi utama penduduknya bersatu. “Sebagai sebuah pergerakan bukan politik, Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA) melihat seruan ini bukan sekadar di ruang lingkup politik. Apabila disebut penyatuan Melayu, secara langsung ia juga menyentuh soal membangunkan Islam sebagai agenda utama. Pemimpin UMNO & PAS perlu duduk semeja berbincang, tak semestinya mereka bergabung menjadi satu parti. Kita harus mengambil peluang terhadap seruan ini, dengan niat untuk membuang apa saja yang keruh di antara kedua-dua parti ini,”. Tidak timbul soal UMNO terdesak, mahupun lemah. Kerana tanpa PAS, UMNO mampu membentuk kerajaan yang sah bersama parti komponen yang lain. Seruan ini timbul atas keinsafan bersama untuk melihat orang Melayu bersatu. Banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama, melibatkan pelbagai bidang antaranya pengembangan syiar Islam, pendidikan & ekonomi yang melibatkan umat Islam. Terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan untuk kebaikan bersama. “Harus jangan dilihat usaha penyatuan ini kononnya menunjukkan UMNO dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan orang Melayu. Manakala di pihak PAS pula, janganlah melihat ini sebagai satu muslihat politik UMNO. Penyatuan ini adalah berlandaskan kehendak Islam demi kesejahteraan umatnya,”. Kita dituntut berhijrah ,kita juga dituntut supaya bersatu. Dalam perpaduan , kita mencari titik persamaan. Jangan ditegakkan titik perbezaan, kerana perjuangan UMNO dan PAS ada banyak persamaan. Hanya retorik saja yang membezakan nada perjuangan dua parti ini. – MediaUMNO Lagi Berita Berkaitan : NGO Melayu Minta Ketepikan Perbezaan Demi Perpaduan Pertemuan UMNO-PAS Demi Kepentingan Bangsa, Umat Islam Penyatuan UMNO-Pas Kemenangan Paling Besar Islam – Ilmuan Agama Wadah Perpaduan Bangsa

No comments:

Post a Comment