Tuesday, February 21, 2012

Sah Adun Bukit Lanjan Letak Jawatan, PKR Jangan Tuduh BN Dan UMNO elizabethwongnudephotoscausingKUALA LUMPUR, 17 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengumumkan perletakan jawatan sebagai ADUN dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berikutan pengakuan terhadap gambar bogelnya yang telah tersebar luas. Dilaporkan bahawa kekecohan timbul dalam sidang media yang diadakan apabila para penyokong Elizabeth bertindak berang dengan menjerit dan marah sambil mempersoalkan kenapa ADUN pilihan mereka ini terpaksa meletak jawatan. Sehubungan itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada pihak pembangkang agar jangan cuba menuduh BN terlibat dalam hal tersebut. Katanya, insiden yang berlaku ke atas Elizabeth adalah masalah peribadi dan hal dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya dan tidak ada kena mengena dengan orang lain. Dalam perkembangan tersebut, Naib Presiden PKR, Azmin Ali melontarkan tuduhan yang mendakwa isu gambar bogel tersebut adalah angkara UMNO dan BN. Azmin juga memberitahu bahawa tiada tekanan dari PKR ke atas Elizabeth untuk meletakkan jawatan sebaliknya tindakan tersebut dibuat kerana ADUN itu tidak mahu mengheret parti dalam isu peribadinya. Sesungguhnya, apa yang dinyatakan oleh Azmin tidak bersandarkan kepada bukti dan hanya tuduhan semata-mata. Mengimbas kembali kepada insiden hampir sama berlaku ke atas BN apabila Datuk Seri Chua Soi Lek terlibat dalam skandal video, perkara yang sama dilakukan iaitu dengan meletak jawatan tetapi tidak ada sebarang kekecohan dibuat oleh para penyokongnya. Sebaliknya, Datuk Chua telah meminta para penyokongnya agar bertenang dan tidak mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang Negara. Begitu juga, BN dan MCA tidak menuduh pihak pembangkang tetapi menyerahkan siasatan berhubung hal tersebut kepada pihak berkuasa bagi mengambil sebarang tindakan. Dalam perkembangan lain, dilaporkan juga bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadualkan mengadap Sultan Selangor petang ini bagi memaklumkan perletakan jawatan ADUN Bukit Lanjan tersebut. Dalam hal ini sememangnya tindakan yang dilakukan oleh Elizabeth sebagai seorang wakil rakyat adalah wajar kerana bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku dalam salah laku yang sememangnya bertentangan dengan nilai dan etika. Malangnya para penyokong Elizabeth tidak dapat menerima kenyataan sambil menyalahkan pihak lain atas insiden yang terjadi. Walaupun Elizabeth mengatakan dirinya menjadi mangsa kepada pihak yang cuba menganiayanya tetapi dia mengakui bahawa gambar tersebut dirakam oleh bekas teman lelakinya. Jika diambil soal etika dan moral, sudah pastilah hal sedemikian amat memalukan masyarakat dan juga para pengundinya di samping turut membabitkan institusi kerajaan negeri dan rakyat di Negeri Selangor juga. Lagi Berita Berkaitan : Enam Adun Dilantik Sebagai Exco Perak Cerita Panas Exco PKR Menjalar Di Selangor Pula… Negeri Mana Akan Menyusul Perak? Perhimpunan Agung UMNO 2008 – Senarai Perwakilan Sah Hadiri Persidangan Berita Bertarikh 17 February 2009 Pada 1:12 PM Berita Keseluruhan Kategori Utama » Berita Terkini 26 NGO Pahang Bantah Himpunan Hijau Ahad Ini Umpama Tunggul Kayu… Kata Dua Majlis Syura Ulama Pas Tidak Dihiraukan Anwar Bukan Perdana Menteri Lawan Anwar Debat Tapi Lebih Sesuai Saiful Seperti Dijangka Anwar Tolak Kata Dua Majlis Syura Ulama Pas Gabenor Harap Sokongan UMNO Realisasikan Impian Majukan Ekonomi Serantau Kemenangan BN Di Perak Tanggungjawab Semua Ahli UMNO – Zahid Malaysia Di Landasan Betul Dalam Tadbir Urus Ekonomi Dan Kewangan Lebih 13,000 Pasangan Sertai Program SmartStart Berita Bergambar : Minggu Keharmonian Mesyuarat Bersama Kunjungan Hormat Follow umnoonline on Twitter Log in + PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO 59,848,343 Juta Hits Sejak 1 Jan 2011

No comments:

Post a Comment