Tuesday, February 7, 2012

Sebab tidak daftar, Melayu boleh hilang kuasa Share to Facebook Email This BlogThis! Digg StumbleUpon Delicious Reddit Technorati ORANG Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini. Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu. Masih ramai daripada 3.7 juta orang Melayu yang layak mengundi enggan melihat apa yang berlaku di negara jiran ke utara dan selatan Semenanjung, di mana orang Melayu setempat bagaikan pendatang di tanah tumpah darah mereka sendiri. Apabila hilangnya kuasa politik dan tiada kemampuan ekonomi, maka Melayu di negara jiran hanya menumpang mencari makan daripada 'tuan tanah baru', seperti mana penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara yang dijadikan koloni penjajah dari Barat. Walaupun negara ini belum tergadai, namun telah jelas ada negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah 'diambil alih' akibat kealpaan orang Melayu yang tidak mahu mendaftar mahupun mengundi. Melayu dan bumiputera yang menjadi majoriti melebihi 60 peratus penduduk negara ini sepatutnya dengan mudah menentukan hala tuju politik Malaysia. Tetapi, akibat mengambil mudah proses pendaftaran dan mengundi, kaum minoriti yang sedar akan hak mereka selaku pengundi mampu menguasai kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu. Ditambah pula perpecahan antara orang Melayu sendiri, maka semakin banyak kawasan yang majoriti penduduknya Melayu akan dikuasai orang bukan Melayu dalam pilihan raya, sejajar dengan sistem demokrasi yang melihat kepada jumlah undi dan bukannya kaum majoriti. Baca sepenuhnya di Suara Anak Pahang sini Pihak Bahagian UMNO dari Ketua Bahagian hingga ke bawah harus bertanggungjawab. Read More @ Source

No comments:

Post a Comment