PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, February 11, 2012
Seperti biasa, DAP akan menunjukkan kepada PAS siapa tuan, siapa hamba.
Walaupun DAP adalah minoriti dalam Kerajaan Kedah, tetapi mereka tetap berlagak seperti Raja.
Setakat ini, kita masih belum lihat ketegasan PAS mempertahankan tindakan mereka manakala pemimpin DAP semakin lantang bersuara. Inilah kenyataan terbaharu pemimpin tertinggi DAP.
Pusat hiburan: Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah
KUALA LUMPUR 15 Julai — DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.
"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.
"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu.
Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim. — BERNAMA
*Mari kita sama-sama tunggu sandiwara pembangkang. MyMassa ramalkan ianya akan berakhir seperti rampasan arak di Selangor di mana PAS mengalah dan akhirnya dua-dua pihak ini bersalaman dengan didamaikan oleh Anwar Ibrahim.
Posted by MymassaVoice on Sabtu, 16 Julai 2011 at 8:31 PTG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment