Saturday, February 11, 2012

PAS dah di DAPig hingga terima komunis Posted by The Unspinners at 6/13/2011 Pening nak fahami PAS ni ... dalam parti dia ada golongan Islam Liberal yang serba semua boleh - depan belakang. Mereka anti cara lama atau Islam tradisi. Ada pula konon golongan yang dipanggil Ulamak, tak tahu nak kata golongan apa. Asal pakai serban dan jubah, ulamak kot. Ada mungkin itu adalah Islam tradisi sunnah wal jamaah. Celah-celah itu, ada kumpulan Wahabi macam Nik Aziz dan Hadi Awang. Wahabi membenci dan memusuhi Sunnah Wal Jamaah. Di negeri Arab teruk sekali sengketanya. WAhabi ini benci apda syiah. Oh ... PAS pun ada syiah. Di negeri seperti Iraq, syiah ini begitu membenci sekali sunnah wal jamaah hingga berbunuh-bunuh. Tak cukup dengan potensi untuk berlaku kelahi sectarian dalam PAS, timbul pula PAS mahu mengambil hati komunis. Masya Allah ... sia-sia lagi kematian Ibrahim Libya oleh PAS generasi kini. Dahlah perjuangan negara Islamnya hanya sia-sia. Duit Tabung Memali untuk membantu waris di sapu oleh Fadzil Noor, Mat Sabu dll pemimpin dan dikatakan menjadi harakah hari ini. Ibrahim Libya tu dulu anti komunis dan dipercayai membantu beri maklumat kepada pihak berkuasa. Mungkin orang PAS ingat asal welfare state itu sosialisma dan komunisma, maka perlu berbaik dengan komunis. Dah tentu DAP peralatkan PAS, lupalah mereka bahawa Komunis hanya peralatkan Melayu. Itu yanga da dikatakan oleh seorang bekas Pengerusi PKM. Menurut Gerakan Timor, komunis hari ini bergerak melalui parti utama mereka, DAP. Komunis tetap komunis, agenda mereka tidak pernah pudar. Lambang bintang 3 sudah mula bersinar di Selangor. Tapi orang Melayu semakin lupa, mudah lupa. Dan lebih mendukacitakan, Partai Islam Se-Malaysia mahukan orang Melayu lupakan tentang komunis! Gerakan Anti DAP memberitahu bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Musa Ahmad berkata dalam buku "Baling: Membuka Jalan Damai" tulisan Wahba bahawa anggota komunis Melayu telah dianaktirikan oleh PKM. PKM hanya ingin mempergunakan orang Melayu bagi memenuhi matlamat perjuangan mereka menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini. Petikan berikut: Soalan: Boleh Encik Musa terangkan sedikit mengenai Rejimen Yang Ke-10? Musa: Rejimen Yang Ke-10 ini ditubuhkan khusus untuk menarik orang-orang Melayu yang beragama Islam menyertai PKM. Semasa penubuhan itu, kami memilih nama pasukan sebagai Rejimen Ke-10 kerana perkataan 'sepuluh' itu ada maknanya yg simbolik. Dalam Islam, 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Jadi kami memilih angka 10 sebagai simbol 'pengorbanan'. Tujuannya untuk menaikkan semangat orang Melayu dan Islam untuk menyertai pasukan tersebut. Waktu itu kami menuntut kepada Chin Peng untuk menggunakan uniform hijau dan bersongkok bagi anggota Rejimen Ke-10, tetapi Chin Peng menolaknya. Kami memilih warna hijau dan songkok sebagai lambang kemelayuan dan Islam. Kami merasa hampa dengan penolakan Chin Peng itu. Saya dan lain-lain anggota sebelum darurat diisytiharkan, telah menjalani latihan di Lubok Kawah, Temerloh. Senjata-senjata yg kami gunakan semasa latihan sudah agak lama dan tidak mencukupi. Orang-orang Melayu dalam pasukan kami merungut, sedangkan orang-orang Cina mendapat senjata yg lebih baik dan banyak, tetapi rungutan kami tidak diendahkan langsung. Soalan: Bukankah itu menunjukkan ada diskriminasi di kalangan anggota PKM sendiri? Musa: Memang benar. Terdapat perbezaan antara orang-orang Melayu yg jadi komunis dan orang-orang Cina yg jadi komunis. Orang Cina yg jadi komunis mendapat lebih banyak keistimewaan. Orang Melayu dilarang pergi ke kawasan orang Cina tetapi orang Cina bebas ke kawasan orang Melayu. Dari segi bekalan pakaian dan makanan pun, orang Melayu didiskriminasikan. Umpamanya, kalau kita minta 20 pasang kasut, mereka hanya akan memberi 10 pasang sahaja. Kalau orang Cina, 20 yg diminta 20 akan diberi. Begitu juga dengan bekalan makanan. Dari segi mendapat rawatan perubatan pun, orang Melayu dalam PKM tidak mendapat layanan yg sama. Musa Ahmad telah menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada November 1980.

No comments:

Post a Comment