Friday, February 17, 2012

SERAMAI 3.7 juta rakyat kita masih belum tergerak hatinya untuk mendaftar sebagai pemilih.Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 60 peratus daripada kelompok tersebut ialah golongan muda iaitu berusia bawah 40 tahun. Selari dengan komposisi kaum di negara ini, terdapat hampir 2.1 juta orang Melayu dan bumiputera paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi.Mengapa gejala tersebut berlaku? Ada yang menganggap sikap tidak ambil peduli dan memandang remeh kepentingan mendaftar adalah puncanya.Jika diteliti dalam kita mencari akar masalah itu bukan punca sebenar. Ada punca lebih besar lagi yang menyebabkan mereka tidak kisah untuk mendaftar seterusnya mengundi.Faktor paling dominan adalah sejauh mana proses sosialisasi orang Melayu segenap lapisan dalam "mengenali" politik.Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Orang Melayu yang dapat mencerap makna sebenar politik memiliki sikap ambil berat dan memandang serius akan kepentingan mengundi, berbeza dengan hampir 2.1 juta orang Melayu yang liat mendaftar itu.Usah salahkan mereka seratus peratus kerana mereka ialah mangsa kepada proses sosialisasi dan budaya politik yang salah sedangkan bagaimana orang Melayu "diasuh" dalam melihat politik itulah yang mempengaruhi kesedaran mereka untuk bergelar pengundi. Di pusat pengajian tinggi misalnya, ayat peringatan bahawa "masuk universiti belajar, bukan berpolitik" adalah satu bentuk sosialisasi yang tidak tepat apatah lagi jika dikaitkan peranan mereka sebagai agen perubahan masyarakat.Politik dipakejkan seperti lembaga menakutkan yang akan menjejaskan tumpuan mereka belajar meskipun pelajar Melayu yang konon tidak mahu "berpolitik" itu tidak pula mampu menandingi pelajar bukan Melayu yang ramai mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) lebih cemerlang. Tanggapan terhadap politik jadi begitu jumud. Akibatnya, mereka tidak minat untuk bergerak aktif dalam persatuan pelajar di dalam kampus, apa lagi di luar sedangkan pada masa sama majoriti pelajar bukan Melayu begitu aktif bergiat dalam pelbagai kelab dan persatuan di universiti dan luar berorientasikan kepentingan dan kebudayaan mereka. Jika suara pelajar Melayu berbeza daripada kelaziman massa akan cepat dicap sebagai "hanya tahu membangkang" sekalipun atas hujah akademik yang rasional dengan pendekatan yang berbudi bahasa. Pendek kata, apabila disebut "politik", imej yang terpampang adalah melawan cakap, demonstrasi dan lebih jauh lagi politik kepartian sehingga dalam beberapa keadaan coretan di laman sosial Facebook pun boleh dianggap sebagai ancaman. Walhal, interaksi dan komunikasi kita dengan persekitaran sosial setiap hari dan setiap detik itu jelas lagi nyata berkaitan dengan politik!Akibat daripada makna dan praktis politik yang beku tidak hairanlah diperhatikan pelajar Melayu kurang berbaris berbanding pelajar Cina di kaunter pendaftaran pemilih yang secara berkala dibuka oleh SPR di universiti sebelum ini. Kegagalan memahami makna politik dalam kalangan golongan muda Melayu ini bukan setakat terhenti impaknya kepada kelompongan di peti undi tetapi lebih dahsyat daripada itu menghakis jati diri dan rasa bangga sebagai orang Melayu. Golongan muda Melayu yang tidak lagi secara praktis memiliki pengalaman berdepan dengan belenggu penjajahan atau hidup dalam zaman yang penuh kesukaran akan terus rapuh pegangan dan jati dirinya.Mereka bukan lagi rendah diri tetapi jadi kerdil diri dan tidak lagi punya deria yang peka terhadap kepentingan bangsanya kerana tidak mahu dilabel rasis. Rantaian kepada psikologi Melayu yang kacau itu kemudiannya diterjemah dalam bentuk tindakan. Mereka hanya cenderung bercerita isu remeh berkepentingan jangka pendek kerana mahu berada dalam zon selamat.Orang Melayu yang telah dilunturkan pemahaman mereka terhadap makna politik tidak tahu lagi memberi keutamaan kepada hal yang mendatangkan manfaat kepada bangsanya. Buktinya jelas. Jika mendaftar sebagai pemilih dan seterusnya nanti keluar untuk mengundi pun tidak peduli, apakah yang boleh kita harapkan kepada kelompok 2.1 juta itu untuk memperjuangkan diri dan bangsanya sendiri jika suatu masa nanti ditindas? - Arif Atan, UM. INSIDEN YANG MEMALUKAN ANWAR IBRAHIM & NURUL IZZAH.. 0 komentar Anwar Ibrahim melarikan diri apabila rakyat meminta tolong? Nurul Izzah tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat? Sila baca di bawah : Seperti yang diceritakan sebelum ini, kehadiran Anwar dengan anaknya yang juga diangkat menjadi Bakal Perdana Menteri oleh kuncu-kuncu PKR (berapa banyak Bakal PM la ko punya family ni daa..) di Taman Seri Sentosa begitu hambar, siap dijerit-jerit pula oleh budak Cina PKR sendiri. Mengikut jadual, Anwar sepatutnya selepas dari Tmn Seri Sentosa, terus ke Majlis di Brickfields tepat jam 4 ptg dalam gerak-gempurnya ke kawasan-kawasan Parlimen KL pada Hari Wilayah itu. 5 khemah disediakan di Brickfields dgn jangkaan 3,000 tetamu akan hadir. Jika di Tmn Seri Sentosa, 10 khemah disediakan dgn jangkaan 5,000 dtg tapi hanya sekitar 350 yang hadir (kehadiran 7% dari jangkaan), di Brickfields pula kehadirannya pula dikira sukses untuk Program Nurul Izzah iaitu sekitar 300 org yang hadir dari jangkaan 3,000 orang (10%). Itupun di Brickfields patut pukul 4 mula tapi Anwar dtg lambat pasal kosong, so dia pusing2 tunggu org ramai sikit. Bila orang tak ramai-ramai juga, ramai org luar yg dipaksa bergegas datang. Banyak agaknya dr Bkt Bintang, sebab nampak ramai yg pakai baju PKR Bkt Bintang. Semasa Anwar berucap, terdengar laungan dari pengundi India, "you la penipu", "tipu kaum India". Tapi yg paling mahal sekali ialah peristiwa semasa Anwar nak masuk kereta. Sebelum masuk kereta, ada pakcik tua bawak baby dgn anak 18 tahun selamba datang jumpa Anwar mintak duit, "datuk seri, pls help me, want money". Anwar jem, dan terus taichi pakcik tua ni pada kuli barunya Naib Presiden PKR N.Surendran. Anwar sendiri cepat-cepat masuk kereta dan belah. Lepas dia belah, Surendran bagi pakcik tua tu RM100. Tapi entah apa yang jadi, Surendran marah2 pakcik tu, tinggikan suara.Entah apa yg Pakcik tu mintak tak lah dengar sangat, tapi Surendran suruh pakcik tu pergi ofis Nurul Izzah, Pusat Khidmat PKR di Lembah Pantai. Pakcik tu balas balik, dia kata dia dah 2 kali undi pakatan, dah banyak kali pergi ofis Nurul tapi tak dilayan. (Apa lah, orang Pusat Khidmat PKR ni pemalas ke hapa?) Semasa itulah anak Pakcik tu tadi, yang menjadi tajuk Artikel ini, bersuara lantang,Apa kata anak pakcik tu?Selamba je anak dia cakap di depan orang ramai,"appa i told you already appa, y u ask for help from pkr, they'll never help you, better ask from bn lah "Jem kepala otak semua penyokong PKR di situ.Dan yang tambah syoknya ialah bila Anwar belah, habis semua yg datang tadi dalam 300 orang, belah sekali. Tinggal lah 25-30 org.Nurul yang memang dijadualkan berucap pun mula lah berucap, tapi tinggal 25-30 org je dgr Nurul. Nurul oh Nurul, inilah akibatnya bila pandai berjanji dan bercakap, tapi kerja tak ada, pemalas, tahu nak glamer di luar negeri.Memang lingkuplah nampaknya Nurul Izzah kena penangan Raja Nong Chik pilihanraya kali ini. Berita Lembah Pantai

No comments:

Post a Comment