Saturday, February 4, 2012

Setelah Harussani, Kini Giliran Ridhuan Tee Jadi Sasaran Pas Oleh: TG AZMAN TG ABAS KUALA LUMPUR 18 Ogos – Setelah Mufti Perak, Tan Sri Datuk Harussani Zakaria menjadi bahan cercaan dan politik liar Pas, hari ini tokoh akademik terkenal, Ustaz Ridhuan Tee pula menjadi mangsa seterusnya apabila tokoh cendekiawan itu dicabar menyertai UMNO gara-gara menyatakan hakikat yang sebenarnya berhubung hak perlembagaan orang Melayu dan kedaulatan Islam baru-baru ini. Malah, melihat kepada “trend“ berkenaan, Pas seolah-olah tidak boleh menerima hakikat jika terdapat mana-mana tokoh agama atau cendekiawan Islam yang menyatakan sesuatu fakta dan kebenaran yang tidak memberi keuntungan politik kepada parti pembangkang berkenaan. Mengulas mengenainya, Ilmuwan Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya berkata Pas hari ini dilihat seolah-olah mempelopori budaya ketaksuban dan kejumudan melampau yang dibimbangi akan merosakkan pemikiran masyarakat khususnya umat Islam di negara ini. Katanya budaya pemikiran yang cukup ekstrem di sebelah pihak sahaja tanpa dapat menerima keputusan pihak lain cukup merbahaya kepada negara dan pemimpin pembangkang berkenaan seharusnya bersikap terbuka dan tidak ekstremis terhadap sebelah pihak sahaja. “Apa yang diungkapkan oleh Ustaz Ridhuan Tee ada kebenarannya. Beliau telah menyuarakan apa yang sepatutnya di mana kebanyakan pemimpin bukan Melayu dan Islam di negara ini sudah berani menyentuh soal perlembagaan dan juga kedaulatan Islam. “Begitu juga dalam soal bab kafir. Ustaz Ridhuan Tee juga tak salah dengan mengatakan bahawa Pas memang kerjanya suka mengkafirkan sesama Islam. Ini terbukti dengan tindakan Presiden Pas yang pernah mengeluarkan satu amanat dikenali sebagai “Amanat Haji Hadi” yang sehingga kini masih dipegang teguh dan dijadikan panduan oleh segelintir jemaah Pas untuk mengjafirkan UMNO,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini. Timbalan Ketua Pemuda Pas, Azman Shapawi Abd Rani hari ini meminta pendakwah terkenal Ridhuan Tee Abdullah menarik balik kenyataannya yang mendakwa parti Islam itu “suka mengkafir” di dalam ruangannya Ahad lalu atau mengisytiharkan saja penyertaannya dalam UMNO. Menurutnya kenyataan ‘Cina mualaf’ itu memperlihatkan beliau tersalah belajar Islam dengan UMNO yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan Tee sendiri. Ustaz Fathul seterusnya mengingatkan mana-mana pemimpin Pas agar kembali kepada landasan Islam yang sebenar dan bukannya berorientasikan politik kepartian melampau semata-mata. Beliau seterusnya mengajak pemimpin berkenaan menghayati ungkapan Imam As-Syafie yang menyatakan : “Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku daripada orang yang hina adalah satu jawapan bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani karenah anjing. “Renung-renungkanlah..dan jangan hanya sekadar bijak menunding jari dan mencari kesalahan dan keaiban pihak lain sedangkan kesalahan di depan mata tidak berani ditegur sebaliknya dicari pelbagai alasan untuk menghalalkan kesalahan berkenaan. “Perlu diingat, Ustaz Ridhuan Tee bukanlah seorang ahli politik dan berdasarkan pengamatan saya, setiap penulisan beliau hanya berdasarkan kepentingan agama dan hak bangsa Melayu semata-mata, tak lebih dari itu,“ katanya. - MediaUMNO Lagi Berita Berkaitan : Hassan Ali Akui Harussani Luas Ilmu, Pengalaman Saya Tidak Berbohong – Harussani Biarlah Umat Islam Nilai Mahfuz -Harussani Harussani Tidak Putus Asa Mahu Satukan Orang Melayu

No comments:

Post a Comment