Sunday, February 5, 2012

TG Nik Aziz kalau dulu nama ini cukup dikagumi oleh rakyat Kelantan, namun kini setelah 21 tahun berkuasa rakyat Kelantan dilihat semakin meluat dengan gaya dan karenah TG Nik Aziz. Kalau dulu jangan haraplah anda dapat dengar rakyat biasa meninggi suara ketika bertutur dengan TG Nik Aziz, tetapi kini keadaan sudah menjadi sebaliknya. Rakyat Kelantan sudah muak, bosan dan cemuh ditipu oleh sebuah parti yang bertopengkan agama. Oleh sebab itu, maka tidak mustahillah peniaga-peniaga yang teraniaya di Bazar Tok Guru dan Arked UDA mengherdik TG Nik Aziz baru-baru ini. Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca kiriman emel yang dikirimkan seorang Ustaz kepada portal Kelatekito.net dalam kiriman emel ini, penulis menceritakan bahawa TG Nik Aziz pernah menyumpah seranah orang ketika berada di dalam masjid. Berikut petikan emel yang dihantar pada Februari lalu. : Baru- baru ini, sedang saya berehat sementara menunggu masuk waktu maghrib saya dihubungi oleh seorang rakan saya dalam Pas yang juga seorang ustaz memperihalkan satu kejadian “ Ana nak royat bui ko anta, baru-baru ni kawe ana hadir kuliah tertutup denge Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Dato Muhammad Daud Iraqi, terkejut ana, dia kato tikus pulok boleh make, (makan), dulu Nik Aziz kata, Tupai boleh makan, ni tikus pulok boleh, Masya Allah”. Terjemahan : "Saya nak beritahu kepada saudara, baru-baru ini saya hadir kuliah tertutup dengan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Dato Muhammad Daud Iraqi, terkejut saya dia kata tikus pula boleh makan, dulu Nik Aziz kata tupai boleh dimakan, ini tikus pun boleh. Masya Allah" “Pah tu anta nak tau tak, pagi tadi ana gi semaye subuh di masjid Pulau Melaka, biasalah imam dia gak, Tuk Guru kitolah, lepah semaye, lepah jah bui salem Nik Aziz supoh, ‘menate mano ni hok batuk dale masjid’, terkejut ana syeikh, dale ati kato, bakpo ore tua ni” dia marah ore batuk sapa gitu mo” Terjemahan : Selepas itu kamu hendak tahu tak, pagi tadi saya pergi sembahyang subuh di masjid Pulau Melaka, biasalah imam dia Tok Guru kitalah. Lepas sembahyang, selepas sahaja beri salam Nik Aziz sumpah "binatang mana yang batuk dalam masjid" terkejut saya syeikh. Dalam hati kata. Kenapa orang tua ini dia marah orang batuk sampai macam tu sekali. “Anta nak tau tak, Nik Aziz menyumpah tu kali kedua doh, baru ni sekali dia maroh ko ore bersin dale masjid, lepas semaye subuh jugak, bakpo jadi gitu syeikh, tak tau syeikh mungkin balasan Allah atah ketelanjuran kato-kato dia, Tuhan doh kato doh bila dio panjang umor oghe tu Allah aken ubah sifat dia”. Terjemahan : Kamu hendak tahu tak. Nik Aziz menyumpah tu sudah kali kedua, sebelum ini dia pernah marah kepada orang bersin dalam masjid, selepas sembahyang subuh jugak. Kenapa jadi begitu syeikh. Tak tahu syeikh mungkin balasan Allah ke atas keterlanjuran kata-kata dia. Tuhan dah kata bila dia panjang umur orang itu Allah ubah sifat dia. Dua perkara petikan perbualan tersebut menggambarkan Nik Aziz dan Ust Muhammad Daud boleh diibaratkan sebagai balasan Allah terhadap mereka yang mempersendakan agama. Firman Allah bermaksud “Makanlah kamu dari perkara yang baik”, apakah Ust Muhammad Daud berpandangan bahawa tikus merupakan makanan yang baik? Apakah beliau tidak tahu bahawa sifat tikus adalah kotor dan membawa penyakit, seperti juga tupai yang mana tidak ada nas yang membenarkan di makan. Apakah sandaran yang digunakan oleh Ust Muhammad Daud membenarkan tikus di makan? Dan kepada Mursyidul Am Pas, sedarlah bahawa Allah Maha berkuasa dan Dia berkuasa untuk memalukan seseorang, mengaibkan seseorang dan menutup keaiban orang dan menterbalikkan sifat kamu seperti sifat kebudakkan. Ustaz Zuhdi Quba Posted by Panglima Batu Pahat at 11:39 AM 3 comments

No comments:

Post a Comment