Friday, February 24, 2012

Video Seks: Sokongan PAS Hanya Melemahkan Diri Sendiri May 2, 2011 · 18 Comments PAS, sejak bekerjasama dengan DAP sudah tidak lagi Islamik. Hudud yang satu ketika dulu menjadi keutamaan, kini sudah tidak lagi. PAS lebih liberal, sempadan yang memisahkan PAS dengan liberal sepenuhnya ialah pakaian para pemimpin utamanya, yang lain tu semua liberal dah. Termasuk dalam senarai liberalisme PAS ialah bila ia membela penzina. Apa untung PAS bila mengambil sikap mempertahankan Anwar dalam isu video seksnya? Dah terang-terang lelaki dalam video tersebut ialah Anwar, kenapa PAS masih mau menyokong? Setakat yang kita tahu sebab kuasa. PAS terlalu sayang nak melepaskan pelbagai kedudukkan pemimpin dan ahli-ahlinya dalam kepimpinan peringkat PBT dan GLC milik negeri dimana Pakatan membentuk kerajaan. Semua itu penting kepada dana PAS, bak kata mat rempit, ada masyukkkk!! Sebab itu bila Perdana Menteri difitnah Anwar dan RPK berhubung pembunuhan model Mongolia, PAS tidak pun kecoh meminta 4 saksi, tidak kecoh pun meminta bukti, tidak kelam kabut nak buat sembahyang hajat. PAS sebaliknya percaya dan bersama-sama dengan Anwar menyebarkan fitnah tersebut melalui jentera-jentera miliknya. Tapi dari segi Islam dan perjuangan PAS itu sendiri, tindakan PAS mempertahankan Anwar hanya ibarat mencemar imej Islamiknya yang sudah semakin tercemar dek kerjasama dengan DAP. Mungkin PAS dah tak peduli. Mana penting, Islam ke kuasa yang tak berapa nak lama tu? Sekurang-kurangnya PAS menunggulah sehingga siasatan polis yang sedang dijalankan sekarang selesai dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membela atau tidak, seperti kata Mostapha Ali. Ini Setiausaha Agung cakap tunggu hasil siasatan, Nik Aziz pulak dan beria menyokong. Tapi kita tidak rasa hasil siasatan polis itu penting pada PAS, yang penting ialah kalau Anwar jatuh, bukan dia sorang malah PAS juga sekali jatuh. DAP tidak begitu terkesan kerana mereka sekadar menggunakan undi melayu yang mampu diraih melalui PKR dan PAS bagi mengukuhkan kedudukkan yang sudah sedia kukuh dengan undi cina. Jemputan Presiden UMNO untuk PAS menyertai BN itu memang tepat pada masa. PAS lemah dahulu dan PAS makin lemah sekarang. Janganlah nak kata PAS kuat, kuat apa kalau keputusan pilihanraya terbaru baik kecil mahupun negeri langsung tidak menyebelahi PAS? Islam itu universal tapi PAS tidak, sebab itu PAS tewas dibanyak tempat dan kalah 100% di Sarawak. Tolak Nik Aziz dan puak-puak erdogan dalam PAS, yang lain semua dah sedar tentang kelemahan PAS sekarang dan bagaimana PAS dan jenteranya digunakan sepenuhnya oleh PKR dan DAP untuk kepentingan mereka, tidak terkecuali dalam isu video panas ini. Bayangkan, dari beria-ia nak menghukum hududkan penzina, PAS dah jadi pembela penzina pulak!!! Share this: Share Email Print By Adamyan

No comments:

Post a Comment