PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, February 28, 2012
Wajib Baca!! Suruhanjaya- Jam Omega -Video- Laporan Polis
Posted on April 7, 2011 by rmf7
Oleh rmf
Setelah kecoh satu Malaysia berhubung dengan isu Liwat, DNA dan sekarang kita disajikan pula denga munculnya pula isu video yang di keluarkan oleh Datuk T- Keadaan bertambah hangat apabila satu demi satu kesilapan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim didalam mempertahankan dirinya. Strategi yang dilakukan kini beransur ansur memakan dirinya sendiri-
Walaupun segunung alasan yang diberikan oleh penyokong tegar pro pembangkang , namun mereka tidak dapat menyangkal fakta fakta yang dikeluarkan walaupun mereka telah menimbulkan seberapa banyak spin issue untuk melindungi pemimpin mereka iaitu Anwar Ibrahim.
Kini, timbul pula isu jam Omega kepunyaan Anwar dikatakan hilang dan juga dikatakan tersimpan ditangan azizah, disini kita dapat melihat kebebasan media bagi menanyakan soalan soalan terhalang- sedangkan kebebesan media adalah salah satu perkara yang diperjuangkan oleh mereka- Kenapa pula pada kali i ini ianya dihalang?.
Pelbagai persoalan baru timbul. Adakah ini juga akibat kemurkaan dan balasan Allah terhadap Anwar atau termakbulnya doa bagi orang yang teraniaya?
Dengan demikian mari kita lakukan imbasan semula segala tindakan yang berlaku dan kesilapan yang dilakukan oleh Anwar yang mana dilakukan setiap kali keluarnya isu terkutuk yang melibatkan dirinya.
====================================================
-04/04/11 – Selepas dua hari video skandal seks tokoh politik yang dikatakan menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami di AIDC pada 23 Mac [klik di sini dan di sini] telah menggesa pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat kebenaran di sebalik skandal video tersebut.
Kebetulan pada sebelah petangnya, muncullah Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Tan Sri Rahim Tamby Chik, dua individu yang sebelum ini dikenali sebagai Datuk T, mengadakan sidang media di Impiana Hotel, Kuala Lumpur.
Namun begitu gesaan kami di AIDC supaya diadakan Suruhanjaya Bebas bukan berlandaskan gesaan Datuk T, (yang ketika itu ramai berpendapat kurang diyakini kerana watak mereka tidak dikenali dan misteri), tetapi berasaskan faktor reaksi Anwar yang aneh dalam sidang media dan laporan polis.
Pada kami, sidang media penafian Anwar pada petang 21 Mac tidak wajar kerana Ketua Umum PKR dilihat terlalu gopoh membuat penilaian tayangan video di Carcosa pada sebelah paginya, sedangkan beliau sendiri mengaku tidak menonton klip video tersebut dan tiada mana-mana media arus perdana menamakan pelaku dalam video itu sebagai Anwar Ibrahim.
Keraguan mula timbul apabila Anwar didapati gagal menjawab isu jam tangan jenama Omega. Klik di sini
Apatah lagi, pada keesokan harinya, sebelah pagi, Anwar dengan pantas membuat laporan polis supaya menangkap Datuk T yang didakwanya melakukan kesalahan membuat tayangan video lucah di Carcosa.
Dari isi kandungan laporan polis inilah kami menjumpai sesuatu yang tidak kena dengan reaksi Anwar. Sepatutnya Anwar membuat laporan polis menangkap Datuk T kerana memfitnah dirinya dan keluarganya dan bukannya menggesa pihak polis menangkap Datuk T kerana membuat tayangan lucah.Klik di sini
Pada hemat kami, laporan polis seumpama itu bersifat berat sebelah, Anwar tidak berminat polis menyiasat siapa tokoh politik di dalam video tersebut, sebaliknya Anwar menggesa agar pemberi maklumat itu ditangkap untuk menutup isu tersebut daripada diketahui umum.
Laporan polis yang pelik seumpama itu menimbulkan curiga kepada kami. Apa yang Anwar cuba sembunyikan ?
Seumpama kes 1998, Anwar membuat laporan polis di Dang Wangi (report 14722/98.), bertarikh 25 Jun 1998 supaya menangkap Datuk Khalid Jefri, penulis buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri”, apabila pihak polis menyiasat secara menyeluruh berkenaan penulis dan isu kandungan buku itu, terbongkar Kotak Pandora yang sebelum ini disembunyikan Anwar
Secara kebetulan, penulis buku Khalid Jefri ketika itu juga dikaitkan dengan Rahim Tamby Chik. Klik di sini
Keadilan Untuk Anwar & Datuk T
Asas kami menyokong Suruhanjaya Bebas itu untuk memberi keadilan kepada kedua-dua pihak iaitu orang yang dituduh, Anwar Ibrahim dan si penuduh, Datuk T, Shazryl Eskay, Rahim Tamby Chik dan Shuid Lazim.
Jika terbukti hasil siasatan Suruhajaya Bebas itu nanti mendapati klip video itu hanya rekaan dan bersifat konspirasi untuk menjatuhkan maruahnya, maka terpulang kepada Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada Datuk T itu.
Namun jika didapati klip video itu benar, original, bukan direka-reka dan disahkan Anwar Ibrahim merupakan pelakunya, maka rakyat akan menghukum kesalahan moralnya itu sepertimana desakan Datuk T supaya Anwar dan isterinya harus berundur dari arena politik negara.
Anwar mendakwa pelaku itu bukan dirinya dan itu merupakan satu konspirasi jahat untuk memalukan dirinya, sedangkan saksi yang bersama Anwar, iaitu Shazryl Eskay, itu adalah Anwar Ibrahim, jadi Suruhajaya Bebas sahaja jalan penyelesaian terbaik untuk menentukan antara konspirasi dan kebenaran.
Di satu pihak, Anwar dan organ partinya, Suara Keadilan, menuduh video itu direka serta membuat dakwaan tanpa bukti mengatakan video itu didalangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Manakala pihak lain, Shazryl Eskay, individu yang sudah diketahui umum rapat dengan Anwar mendakwa dirinya adalah saksi utama yang bersama-sama menemani Anwar pada tarikh, tempat dan kejadian yang didakwa.
“Saya yakin seratus peratus sebab saya ada dalam rakaman itu. Saya dalam rakaman itu, (tetapi) ini bukan proses (rakaman) dua individu bertindih.
“Saya (ada) dalam rakaman itu. Ya, saya ada di situ”, kata Datuk Shazryl Eskay Abdullah ketika ditanya wartawan kenapa beliau yakin tokoh politik dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim, tetapi enggan mengulas lanjut kerana perkara ini sudah menjadi kes polis.
“Benda tu (rakaman video) saya punya… saya (berada) di situ, (dan) saya (yang) ambil”, katanya yang sekaligus menafikan dakwaan yang mengatakan beliau merupakan watak utama dalam video seks itu sepertimana didakwa sebagai lelaki yang mirip wajah Anwar kerana katanya tiada proses rakaman dua individu bertindih.
Laporan sebelum ini telah menjelaskan bahawa Shazryl Eskay diarahkan Anwar untuk mencari jam tangan Omega yang tertinggal di bilik, tempat yang didakwa berlaku aktiviti seks itu, namun ketika proses pencarian jam tangan itu, kawan baik Anwar itu telah menjumpai rakaman CCTV yang tersembunyi dalam bilik itu.
Shazryl Eskay juga telah mengambil perakam CCTV itu keluar daripada hotel tersebut, sehinggalah meletup satu episod video skandal seks pemimpin politik yang kita saksikan hari ini.
Memandangkan Anwar pernah menggesa penubuhan Suruhajaya Diraja untuk kes VK Linggam yang menyindir peguam India itu dengan berkata “Looks like me, souns like me, but it’s not me..Korek..korek..korek..” , maka kami di AIDC menuntut agar ditubuhkan Suruhajaya Bebas untuk menentukan kebenaran kata-kata Anwar “Looks like me, sounds like me…but not my tummy..korek..korek..korek..!!!”
Sekaligus, penubuhan Suruhajaya Bebas ini akan menentukan kebenaran serta membersihkan nama sama ada Anwar, Dr Mahathir, Najib dan Shazryl Eskay.
Sumber
Like
Be the first to like this post.
Filed under: Wajib Baca!! Suruhanjaya- Jam Omega -Video- Laporan Polis Tagged: | Jam Omega, Laporan Polis, Suruhanjaya, Video
« Adakah Anwar akan mendapatkan Suaka Politik? “The Illuminati card Game” »
Leave a Reply
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment