Monday, February 13, 2012

Wanita JIM Selangor kecam “No Panties Campaign” http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/n...anties-campaign SHAH ALAM, 13 Februari - Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya kempen ”no panties” pada Hari Valentine yang hangat dipromosikan kepada pelajar-pelajar wanita institusi pengajian tinggi. Ketuanya, Dr Ruziaton Hasim dalam satu kenyataan media semalam meluahkan rasa sedih yang amat sangat apabila kempen tersebut tidak dilihat sebagai tindakan yang menjijikkan dalam kalangan pelajar wanita malahan mereka menyambutnya dengan gembira. Kempen tersebut bertujuan menggesa para pemudi mengambil tindakan sedemikian bagi menyambut Hari Valentine sebagai luahan tanda cinta sejati mereka terhadap pasangan masing-masing. "Perkara ini amat mengecewakan kerana reaksi sedemikian datang daripada golongan pelajar Melayu yang seharusnya memiliki nilai kesopanan dan tahap kecerdasan minda yang tinggi dengan kebolehan intelek yang baik. Golongan pelajar yang terpengaruh dan disibukkan oleh aktiviti-aktiviti tidak sihat sebegini sebenarnya telah tertipu oleh pihak yang mempromosikan kempen ini," kata Dr Ruziaton. "Reaksi para pelajar berkenaan mengenai kempen tersebut jelas menunjukkan bahawa pemuda-pemudi di negara ini masih keliru dengan pernyataan cinta sejati dan tidak dapat membezakannya dari hawa nafsu syahwat. Golongan muda-mudi di negara ini harus diingatkan kembali agar terus menjaga maruah diri masing-masing dan tidak menggadaikannya dengan harga yang murah. Kelebihan akal manusia yang dikurniakan Allah subhanahu wataala sepatutnya digunakan sebaik mungkin dalam membuat pertimbangan mengenai baik buruknya sesuatu tindakan," tambahnya. Wanita JIM Selangor mengingatkan bahawa sambutan Hari Valentine bukanlah budaya yang dianjurkan oleh Islam dan usaha sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyarankan kempen yang keji ini sangat menyedihkan. Mereka berharap semua pelajar wanita terutamanya golongan Muslim menjauhi promosi ini dan tidak diperbodohkan oleh saranan dangkal tersebut. Kempen ini jelas bertentangan dangan ajaran Islam dan bercanggah dengan amalan murni dalam masyarakat madani. "Wahai para gadis, jangan cemari intelektual dan maruah anda dengan menyertai promosi keji ini!" pesan Dr Ruziaton mengakhiri kenyataannya. P/s: tak habis2 dgn agenda puak2 tertentu nak rosakkan akhlak belia Islam kt Malaysia ni azlynet Feb 14 2010, 12:17 AM No Panties Campaign... blink.gif Hariz_KooL

No comments:

Post a Comment