PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, March 17, 2012
Bolehkah Rakyat Kenyang Dengan Janji?
Published Wednesday, June 1, 2011 By minda aktif. Under Politik
Oleh Zul Hamzah dan Hassan MN
Program 100 Hari yang kononnya akan dilancarkan jika PKR, Pas dan DAP berjaya membentuk kerajaan pada PRU-13 adalah janji terbaru pakatan pembangkang untuk melaksanakan reformasi menyeluruh pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan.
Rupa-rupanya dalam sinikal memperlekeh Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pembaharuan lain yang kini sedang rancak digerakkan, mereka cuba ‘menculik’ program negara dan rakyat itu. Mereka menjanjikan ‘dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu’. Ini termasuk:
• Reformasi institusi penting seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan
• Memansuhkan ISA, mengarahkan Khazanah Nasional, KWSP dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan pengambilalihan asset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol
• Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
• Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap guru sebagai penghargaan
• Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan dan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
• Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diruruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus
• Menubuhkab suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.
Sebahagian besar daripada reformasi yang diimpikan untuk dilaksanakan pada hari pakatan pembangkang menawan Putrajaya itu, kini sudahpun digerakkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Mereka pun sedar perkara itu kerana sama ada di podium ceramah, Dewan dan media, merekalah antara pihak yang berterusan memperlekeh program mahupun projek transformasi berkenaan.
Kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak telah berubah. Perubahan yang mengutamakan kehendak rakyat dan memperkasakan sistem penyampaian kerajaan sedang dilaksanakan, bukan lagi sekadar impian di atas kertas. Cuma, tentu sekali cara dan pendekatannya berbeza dengan reformasi pakatan pembangkang itu.
Lihatlah semasa BN mengakui era kerajaan tahu segala-galanya telah berkahir, pakatan pembangkang pula berfikir sebaliknya. Projek-projek dalam ETP umpamanya yang digarap hasil gabungan minda pelbagai pihak, telah pun disebarkan kepada umum melalui hari terbuka. Orang awam termasuk pembangkang boleh mengkritik, malah memperbetulkan jika masih ada kepincangan. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kritikan membina.
Sebagai perbandingan dan untuk ingatan, elok kita selak kembali beberapa kenyataan atau ucapan ‘Encik Anwar Ibrahim’ ketika beliau belum bergelar Datuk Seri.
Di Arau pada tahun 1990, dalam satu majlis perjumpaan di ITM (kini UiTM), Anwar yang ketika itu Menteri Pendidikan menyentuh mengenai kenyataan pemimpin pembangkang yang menaburkan pelbagai janji semasa kempen PRU.
Anwar membidas pemimpin parti Semangat 46. Katanya, untuk memberi janji manis memang mudah semata-mata hendak menarik hati pengundi seterusnya mengundi mereka tetapi semasa menjadi menteri, perkara itu tidak diusahakan.
Mengenai janji S46 untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU, kenyataan Anwar memang menarik. Katanya: “Ini merupakan suatu kenyataan yang amat menyinggung orang Melayu di Pulau Pinang.”
Entah apa yang boleh menyinggungkan. Memanglah jika oembangkang menang di Pulau Pinang ketika itu, Kit Siang layak menjadi KM. Maka janji itu bukanlah luar biasa.
Tetapi bagaimana pula agaknya kenyataan balas Encik Anwar ketika itu jika Kit Siang ditawarkan jawatan No 2 dalam kerajaan Pusat?
Lebih mengejutkan, beliau melabelkan orang yang membuat tawaran itu sebagai menjual maruah bangsa semata-mata kerana beliau mahu mencari pengaruh undi. Sekarang selepas berlaku putaran politik, apa yang boleh kita sifatkan terhadap kenyataan ini? Mungkin menjilat ludah sendiri atau kata dulang paku serpih?
Lebih menark kenyataan ini: “Jika hendak mencari pengaruh atau hendak popular sekalipun janganlah sampai menjual maruah bangsa sendiri kerana sekali Melayu terjatuh tidak mungkin mereka akan dapat bangun lagi.”
Adakah Saudara Anwar masih ingat pada waktu itu komennya apabila Kit Siang menawarkan kepada Gerakan untuk membentuk kerajaan Cina di Pulau Pinang selepas DAP dan Gerakan mendapat jumlah kerusi besar sementara UMNO 12 kerusi dan MCA, MIC tanpa kerusi?
Masihkah ingatkah komennya apabila Kit Siang kata jangan beri peluang orang Melayu berkuasa?
Anwar juga pada satu ceramah di Kubang Menderong, Kepala Batas menyifatkan S46 dan Pas ketika itu sebagai perkakas DAP kerana meletak calon masing-masing bagi mengganggu kemenangan UMNO dalam PRU 21 Oktober.
Katanya, kerjasama itu tidak dapat diterima oleh Melayu Pulau Pinang kerana S46 awal-awal lagi mengiktiraf Kit Siang sebagai KM jika pembangkang menang.
Mengenai DAP, Anwar ketika itu juga hairan bagaimana masih ada Melayu yang sanggup bekerja dengan DAP sedangkan Lee Lam Thye (bekas Timbalan Setiausaha Agung DAP) yang telah lama berada dalam DAP tidak boleh bekerja dengan Kit Siang.
Begitulah kisah janji pembangkang dan sikap pemimpin mereka khususnya Anwar. Justeru orang Melayu harus berhati-hati tidak termakan janji. Tak kenyang pun.
Mungkin benar seperti nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa berucap di konvensyen pakatan pembangkang itu baru-baru ini bahawa “janganlah kita untung secupak tapi rugi segantang dalam pertimbangan…”
Masih banyak kelemahan di negeri-negeri yang mereka tadbir – Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Perbaiki yang itu dulu dan tunjukkan prestasi. Perhalusilah ucapan Abdul Hadi bahawa “pakatan pembangkang perlu bermuhasabah diri dengan pencapaian selama ini ketika memerintah beberapa negeri, selain menilai kelemahan dasar dan pelaksanaan masing-masing.”
Ambil Selangor sebagai contoh. Hatta orang kuat reformasi, K. Gobala Krishnan sendiri mengecam kegagalan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah dan penderitaan kaum India di beberapa estet dan terhadap Anwar kerana gagal menunaikan janji, termasuk merobohkan kuil orang India sebaik sahaja pakatan pembangkang berkuasa di Selangor.
Tanpa diragui, pemimpin adalah pemain utama untuk membangun mahupun menghancurkan agama, bangsa dan negara. Baik pemimpin, baiklah negara. Jahat pemimpin, ranaplah bangsa. Fikirkanlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment