Friday, March 16, 2012

Edisi Terjah !!! Nik Aziz samakan Anwar dengan Rasulullah ??? Posted: 29 July 2010 in PAS 14 KOTA BHARU, 28 Julai: Nik Aziz Nik Mat menyifatkan Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan. Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy. “Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy. “Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini. HarakahDaily Kenyataan terbaru Nik Aziz ini bermaksud bahawa Anwar Ibrahim mempunyai ciri-ciri yang sama dengan baginda Nabi saw. Kenyataan Nik Aziz ini juga bermaksud bahawa Anwar ini manusia hebat dan harus disanjung kerana menyamai Rasulullah didalam hal ketegasan diri. Kenyataan Nik Aziz tentang Anwar ini telah membuktikan bahawa Nik Aziz memang merupakan seorang munafik politik yang hanya bercakap demi kepentingan serta hawa nafsunya sahaja. Tindakan Nik Aziz menyamakan Anwar dengan Rasulullah ini juga telah menunjukkan betapa rosaknya akidah pemikirannya didalam mencari kemenangan. Ketaksuban Nik Aziz terhadap hal berpolitik membuatkan dia tak mampu lagi untuk membezakan antara yang benar dan juga yang salah. Apakah individu sehina dan sejijik Anwar Ibrahim layak diangkat tarafnya menyamai ciri-ciri yang ada pada baginda Rasul? Anwar menjadikan BOHONG sebagai amalan politiknya, Anwar juga menjadikan PUTAR BELIT sebagai ibadah hariannya dan Anwar juga menjadikan ucapan janji palsu sebagai rutin hariannya. Memang Nik Aziz sudah hilang akal dan juga tak waras jika sanggup mengatakan bahawa Anwar menunjukkan ciri-ciri menyamai Rasulullah saw. Nik Aziz sudah tidak lagi relevan jika Anwar yang penuh dengan noda dan dosa itu sanggup diangkat ke taraf menyamai Nabi hanya demi sebuah perjuangan politik kotor. Malang bagi semua pengikut PAS kerana masih mengekalkan seorang tua nyanyuk dan tak waras berfikir seperti ini sebagai Mursyidul Am mereka. Rugilah pengikut totok PAS kerana masih sanggup ber wala’ kan seorang tua yang sanggup merendahkan taraf Rasulullah untuk disamakan dengan seorang individu yang dikaitkan dengan kes liwat seperti Anwar Ibrahim ! Dan amat memalukan sekali bagi pengikut PAS kerana mereka masih dipimpin oleh seorang yang semakin hilang akidah pemikirannya akibat dari desakan nafsu untuk berpolitik sehingga tak mampu untuk membezakan yang mana halal dan juga yang mana ditegah oleh agama. Kali ini bukan hanya Nik Aziz perlu bertaubat…, tetapi seluruh pengikut serta penyokong PAS yang menganggap diri mereka masih berimamkan Muhammad Rasulullah SAW itu harus bertaubat !!!

No comments:

Post a Comment