PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, March 18, 2012
Haji Hadi dan Nik Aziz semakin hebat kerana berjaya ‘mentarbiahkan’ DAP untuk turut serta mewujudkan perjanjian akuan bersumpah ‘Ala Al Capone’ bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti.
Bezanya cuma Ahli Dewan Undangan Negeri Pas ialah baiah berjanji dengan Allah SWT jika menipu, khianat dan menyeleweng akan dilaknat oleh Allah SWT, oleh malaikat dan segala mungkin yang melaknat.
'Rakan Dalam Kain’ PAS, DAP juga mewujudkan perjanjian bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti dengan melibatkan soal kewangan apabila akan mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM 5,000,000.00 jika bertindak keluar daripada parti itu ( bagaimanapun ia tidak dikuatkuasakan ).
Kekalutan Pas dan DAP mewujudkan baiah sedemikian hanya semata-mata untuk menghalang mereka kehilangan kerusi apabila wakil rakyatnya melompat parti daripada ‘amanah’ dan ‘janji’ untuk membela rakyat.
Sayugia wakil rakyat pembangkang yang bertindak keluar parti adalah disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti dan merasakan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan berkesan selagi berada dalam pembangkang kerana merasakan parti mereka akan menjadi lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).
Tetapi setelah memenangi PRU 12, kepimpinan parti mereka lebih banyak mahu ’berpolitiking’ dan ’berfatwa songsang’ lalu mengabaikan harapan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Dosa halal haram ditendang ke tepi demi bersekongkol dengan kepimpinan yang ’brain dead’.
Kedua dua ‘Saudara Satu Selimut’ Pas dan DAP berbaiah jelas demi kepentingan dan survival politik mereka sahaja dan ‘tembolok’ nafsu walaupun tahu tidak mampu memberikan peruntukan yang mencukupi bagi membolehkan wakil rakyat mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan tetapi itu tidak penting.
Perlukah PAS dan DAP terlompat sehingga kain terlondeh kerana ramai wakil rakyat sudah keluar dan melompat parti?
‘Ketua Strategis Bodoh’ Anwar Ibrahim sepatutnya ‘ditembak’ terlebih dahulu kerana ‘Rancangan Maha Hebat’ 16 September di mana majoriti pemimpin tertinggi pembangkang menyokongnya. Ketika itu semuanya ghairah menggila untuk melihat pembangkang menguasai kerajaan pusat melalui ’pintu belakang’. Bila ’Rancangan Maha Hebat’ gagal dan menyaksikan semakin ramai wakil rakyat pembangkang menjadi wakil rakyat bebas, maka melompatlah Karpal Singh, Haji Hadi, Nik Aziz, Karpal Singh, Lim Anak Beranak sehingga terlondeh kain dan menampakkan seluar ’boxer’.
Rakyat terus diperbodohkan dengan permainan ’Drama Minggu Ini’ oleh Si Kitol Anwar dan juak juak meloya ketua PAS dan DAP.
Tetapi apa yang menarik adalah persamaan PAS dan DAP mengeluarkan sumpah baiah sedangkan PKR masih belum ’menfatwakan’ sumpah baiah. Di sinilah titik pertemuan kedua dua ‘Rakan Dalam Kain’ yang semakin intim dan serasi umpama ‘Uda dan Dara’ ( belum pasti siapa Uda dan siapa Dara ).
Adalah lebih ’afdal’ jika Haji Hadi dan Nik Aziz menjemput berbentangkan permaidani merah kepada Al Syeikh Karpal Singh dan Khalifah Guan Eng untuk menganggotai dan menguatkan lagi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Bukan apa ... Anwar Ibrahim bakal menggantikan Nik Aziz sebagai ’future’ Mursidul Am PAS yang pasti menjanjikan kemantapan ’fatwa songsang’ dan bantuan dana dari kroni kroni ’Zionist’ seantero dunia.
Mungkin inilah pemikiran agung Haji Hadi dan Nik Aziz sebagai salah satu usaha ’tarbiyah’ halus untuk DAP yang akan memasuki STAGE II, ’MengIslamkan DAP’.
Syabas dan sekalung tahniah untuk Haji Hadi dan Nik Aziz ! Dah macam ’Keluarga 69’ !
MELAYU ATAS PAGAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment