PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, March 4, 2012
Haron Din Kecam Pihak Yang Caci Hasan Ali
Hassan Ali dikecam dan dicaci oleh Khalid Samad (baca sini). Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sedih dengan keadaan umat Islam terutamanya dalam PAS yang sanggup mencaci Datuk Dr. Hasan Ali hanya kerana beliau mempertahankan akidah umat Islam.
Haron Din sedih kerana pada masa yang sama parasit PAS memuji exco Selangor yang berbogel atas sofa, Elizabeth Wong kerana berjaya melalui detik-detik hitamnya.
Menurut Haron Din, jika berlaku demikian tidak ada bezanya antara PKR, PAS dan DAP, oleh itu untuk mengembalikan akidah umat Islam.
Haron Din meminta semua penganut PAS bermuhasabah agar tidak terpengaruh macam Anwar Ibrahim yang asyik nampak Putrajaya sahaja sedangkan Islam tergadai.
Ketika berceramah di Perlis pada 8 Februari 2012, Datuk Dr Hasan Ali mahu pihak yang menuduh beliau "meroyan" menampilkan bukti susulan dakwaan dirinya 'meroyan' untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Seramai 5,000 orang mendengar pembongkaran yang dilakukan oleh Hasan Ali di Perlis.
Dr Haron Din merupakan salah seorang ulama dalam Pas yang kini hanya tinggal 25% sahaja. Mereka ini pun sudah disenarai hitamkan oleh parasit Anwar Ibrahim untuk digugurkan.
Dalam senarai tersebut paling hampir untuk digugurkan adalah Nasharuddin Mat Isa, manakala Salahuddin Ayub digugurkan di parlimen Kubang Kerian untuk bertanding di Johor.
Parasit PAS sedang menyusun ahli-ahlinya untuk menjadi calon parlimen. Itu pun setakat 63 kerusi sahaja kerana selebihnya diberikan kepada DAP dan PKR.
Posted by Azrinizam Ibrahim at 11:30 AM
0 comments:
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment