Saturday, March 3, 2012

HUDUD PAS BENARKAN SUAMI LIWAT ISTERI!!!! Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 7:30 PM | | Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian. Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan. “Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam)Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan. “Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki…kita faham lah itu… atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur. “Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini,” kata Zulkifli. BACA SAMBUNGANNYA DI PERAK TODAY

No comments:

Post a Comment