PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, March 19, 2012
Macam percaya dan atau tidak apabila ShiZone menerima satu email dari pihak yang tidak dikenali. Ini kerana satu file zip telah dimuatnaik dan dihantar bersama email tersebut sememangnya menakutkan ShiZone. Takut – takut kalau ada BOT/SPAM yang hantar virus melalui email. Namun dalam hati terasa untuk memadamkan email tersebut tapi akal memaksa saya untuk memeriksa kandungan email tersebut dengan bantuan Antivirus yang kira kuat juga.
Alangkah terkejutnya saya apabila file zip itu mengandungi gambar boucher Rm1000 yang bakal akan dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak lama lagi. Saya pasti boucher yang diberi atas nama “SKIM KESEJAHTERAAN RAKYAT SELANGOR” itu adalah semata – mata menandingi “BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA” yang diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Belanjawan 2012.
Saya mempercayai mungkin boucher ini akan diedarkan atas nama “Skim Kesejahteraan Rakyat Selangor” supaya ia boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Bila terlihat pada gambar ini, saya terkejut tapi berasa gembira kerana “Bantuan Rakyat 1 Malaysia” telah menyebabkan Pemimpin Pakatan Rakyat “CIRIT-BIRIT” sehinggakan BR1M menjadi satu ancaman masa depan politik mereka. AKAN TETAPI TAK FITNAH MAKA IA BUKAN PEMBANGKANG,Boucher itu dijadikan PUSAT IKLAN pakatan untuk MENCUCI MINDA rakyat selangor untuk terus menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. JOM KITA KAJI
Logo SelangorKU telah diletak bagi mengantikan Logo SATU MALAYSIA yang ditakuti oleh Kerajaan Negeri Selangor manakala logo ketiga – tiga Parti Politik Pakatan Rakyat. Juga diletaknya slogan “Putrajaya, Anda mampu mengubahnya” menunjukkan betapa desaknya mereka untuk menawan Pusat Pentadbiran Persekutuan.
Bantuan Rakyat Satu Malaysia telah dikritik oleh pihak pembangkang sendiri sebagai DUIT SOGOKAN kepada rakyat untuk memenangi Pilihanraya Umum ke-13 tetapi kini mereka terpaksa menggunakan teknik yang sama atas nama KESEJAHTERAAN RAKYAT menawarkan duit LEBIH dari BR1M yang dipercayai terang – terang untuk membeli undi. Sekarang mahu cakap apa lagi? Temberang si gagap?
pssstttt : Lu cakap Barisan Nasional bagi bantuan itu ini adalah tindakan beli undi, lu boleh bagi sampai Rm1000.00 satu kali, negeri Selangor itu macam kaya kah? Duit sapa? Duit Cukai BAPAK you kah? Duit Sayalah!!!!!!!!!!!!!!! Bila BN tolong rasuah, apa lu mahu cakap sama lu punye idea?Lembu punya susu, sapi dapat nama!
Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
FROM..http://www.shizone.com/?p=1425
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment