Friday, March 16, 2012

NIK AJIS MENAFIKAN LAPORAN BLOGGER KOTA BAHARU 4 April - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menderma kepada kerajaan negeri pimpinan Pas. Beliau menegaskan, bukan menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan meminta mana-mana syarikat berbuat demikian termasuk menderma atau memberi bantuan kepada kerajaan negeri itu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco. Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan. Beliau mengatakan, penulis blog terbabit cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan rasa dukacitanya terhadap sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan. Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak. – Bernama Anda mungkin juga meminati: Ayatollah PAS Nik Aziz Kaki Pembohong Anwar belakangkan PAS bila Dr Zambry ditawar jadi MB ... Demi Melayu Malaysia, PAS-UMNO Perlu Bersatu Nik Aziz dan balak-balaknya LinkWithin at 6:45 PM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Wednesday, April 7, 2010 PAS LAHIR KERANA DENDAM text related to image Parti Islam Semalaysia (PAS) pada awalnya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Malaysia (PAS). Ditubuhkan hasil dari keputusan Persidangan Alim Ulamak anjuran UMNO kali ke 2, pada bulan Julai, 1951, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, bertujuan membantu UMNO dalam memperjuangkan Islam. Disebabkan tokoh yang dilantik bagi mempengerusikan Jawatankuasa menggubal undang undang tubuh PAS (Tuan Haji Ahmad Fuad) telah mengalami kekalahan melawan Tunku dalam pertandingan merebut jawatan sebagai Yang Di Pertua UMNO, di Persidangan Agung UMNO pada 25hb Ogos 1951 dan kebetulan UMNO pada masa itu masih dalam keadaan perpecahan berikutan perletakan jawatan Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di Pertua UMNO, maka Tuan Haji Ahmad Fuad yang banyak berpihak kepada Dato’ Onn telah mengambil kesempatan menggunakan PAS untuk tujuan politiknya. Dalam persidangan pertama untuk membincangkan rang undang undang tubuh PAS di Butterworth, Seberang Perai pada 24hb November 1951, Tuan Haji Ahmad Fuad telah memainkan peranan dan menjadikan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik yang berasingan dengan UMNO, dan beliau sendiri dilantik sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama. Setelah PAS lahir sebagai sebuah parti politik, maka PAS telah menyertai beberapa pilihanraya yang diadakan semenjak tahun 1955. Dalam Pilihanraya Umum 1959, 1964 dan 1969, PAS berjaya mendapat majoriti di Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah Trengganu selepas pilihanraya Umum 1959 apabila parti itu berjaya menawan 13 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut. Pemerintahan PAS di Trengganu hanya selama lebih kurang 2 tahun sahaja, kerana ramai wakil rakyat PAS telah meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO. Dalam pilihanraya Umum 1990 dengan kerjasama Parti Melayu Semangat 46, PAS sekali lagi berjaya mendapat majoriti dI Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah negeri tersebut sampai hari ini. Jelas PAS cuma wujud selepas UMNO ditubuhkan, dan politik PAS adalah sama dengan politik UMNO. yang membezakannya cuma UMNO pada masa itu memperjuangkan KEMERDEKAAN dan PAS meraih sokongan untuk BERKUASA. Shahrulazizi Bin Mohammed Anda mungkin juga meminati: Pengkhianatan PAS terhadap Islam PAS tak jemu kecam Umno, masih ada hati ke Putrajaya Negara Islam Sekadar Retorik PAS... Confirmed, PAS Sesat! LinkWithin at 8:40 PM 1 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

No comments:

Post a Comment