Sunday, March 4, 2012

Persoalan yang mula-mula bermain difikiran setiap rakyat Kedah sebelum PAS memerintah semasa kempen PRU 12 dimana mereka mencanangkan keseluruh pelosok Negeri Kedah dari Barat Ke Timur dan Utara Ke Selatan bahawa merekalah yang layak memerintah Kerajaan Negeri Kedah. Mereka tidak mengamal rasuah, akan laksanakan undang-undang mengikut Islam, terdiri dari para Ulamak yang berpendidikan tinggi, pemimpin berintergriti, menjaga kebajikan rakyat, sentiasa mengamalkan kesederhanaan dan banyak lagi. Pemimpin PAS paling lantang di Kedah ialah Mahfuz Omar, Ustaz Azizan, Amiruddin, Pakrolradzi, Ahmad Yahya dan tak cukup dengan itu dipanggilnya ulamak rock mengadakan konsep ceramah dan banyak lagi daripada golongan penyokong PKR. Kini setelah bermula episod memerintah Kedah, pertama kali kesalahan MB Kedah ialah memakai bow tai. Kalau dahulu mereka mengecam habisan pemimpin BN yang memakai bow tai. Pemimpin BN yang paling popular iaitu Kadir Sheik Fadzir yang amat hebat dikecam mereka. Tetapi apabila MB Kedah dikecam hebat, maka mereka mengeluarkan fatwa bahawa tiada menjadi kesalahan dalam hal agama. Persoalannya mengapa orang lain pakai mereka mengatakan mengayakan pakaian serta mengikut pakaian kristian. Pergolakan kedua terus berlaku apabila kantung kewangan Kedah mula kering dimana MB Kedah mengugut akan menebangkan semua pokok-pokok balak termasuk dalam empangan yang menjadi tempat tadahan air untuk minuman dan pertanian jika Kerajaan Pusat tidak membantu hal kewangan. Kalau dahulu pemimpin BN dikecam kerana bermain golf hingga melupakan tanggungjawab terhadap negeri dan lali dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhan iaitu jahil. Bila PAS memerintah kalangan pemimpin mereka leka dengan permainan golf ini kerana bertaraf elit dan isteri-isteri mereka pun mulalah bergaya dan berfesyen seluar ketat, berkaca mata hitam dan adakalanya azan berkumandang menandakan sudah tiba waktu solat tetapi mereka masih kusyuk mengerjakan solat golf. Perkara yang paling ketara mereka bangunkan billbord dipasang hampir pelusuk Negeri Kedah. Persoalannya mengapakah perlu dihabiskan wang untuk billboard ini sedangkan ianya amat berfaedah digunakan untuk menguruskan infrastruktur sediada seperti jalan raya, pembersihan, pengurusan sampah dan sebagainya. Mungkin itu saja jalan mudah dan kepakaran Pemimpin PAS Kedah untuk mengaut keuntungan cepat. Kalau semasa zaman MB Kedah iaitu Dato' Mahadir Khalid dikecam kerana menghabiskan wang rakyat dengan menyewa jet eksekutif untuk urusan jabatan. Tiba-tiba MB Kedahpun menyewa sebuah jet eksekutif ke Negeri Brunei kononnya untuk menyampai jemputan sempena hari KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Begitu juga mereka kata MB Kedah dulu bazirkan duit berkereta jenama mewah. Belumpun Dato Dir Khalid panas pungkur tiba-tiba Kedah diperintah oleh PAS dan ianya kini digunakan oleh MB PAS Kedah tetapi beliau rasa malu menggunakan kereta jenama Malaysia, justeru itu dalam kekawangan kewangan Kerajaan Kedah membeli Toyota Camry dalam menggantikan Perdana yang dikatakan low class atau kualiti. Tak lupa MB dengan Merc 350 nya. Persoalannya apakah ini tidak menggunakan wang rakyat. Gelombang kepanasan mula terasa apabila banjir mula melanda pertama kali PAS memerintah dimana kawasan yang dipenuhi ahli2 PAS ditenggelami air di kebanyakan kawasan Gunung Keriang dan Padang Hang. Anehnya ADUN BN daripada Kuala Nerang dan lain kawasan turun membantu sehingga terpaksa mengharungi kawasan-kawasan ADUN PAS. Akhirnya mula Amirruddin menghantar sebuah Van lambang PAS untuk menunjuk merekalah yang membantu tetapi hakikatnya muslihat sahaja. Bermula titik tolak itu diperlihatkan perangai pemimpin PAS sebenar; ditonjolkan pembohongan dan penipuan sebenar mereka. Tidak cukup dengan itu Pemimpin PAS mula memainkan sentimen merampas tabika Kemas, dewan-dewan serbaguna yang dibina BN tanpa perasaan dan berperangai seperti haiwan yang tiada ada belas ehsan. Semua Syarikat GLC diambil alih oleh pemimpin PAS yang mengaku mereka kononnya Pakar Ekonomi dan Ahli Perniagaan terkemuka didunia ini. Kedah Event diberi kepada Adullah Osman bekas KCS Kedah sebagai CEO. Beliau pernah menjawat jawatan di PTG Kedah dizaman BN (Ahli PAS) di Bahagian Pengambilan Tanah dimana setiap syarikat perumahan dan pengambilan perlu mendapat kelulusan bahagian ini. Diera MB Kedah dibawah pemerintan BN, seorang pemimpin PAS dari DUN Bukit Pinang ligat mengatakan Kerajaan BN amalkan rasuah. Tetapi beliau lupa bahawa semasa beliau menjawat jawatan KCS Kedah terlibat di bahagian tanah dan PTG sebagai Pendaftar Surat-Surat Hakmilik banyak melakukan amalan jelik terhadap pemaju Perumahan, Pemaju perumahan yang paling popular masa itu dikenali senagai Apek Cayment, Penguamcara, syarikat berurusan dengannya. Malangnya BN yang dapat nama angkara mereka. Justeru itu tidak hairan kerana ini semua kebanyakan pekerjaan mereka sebaliknya dipalitkan kepada BN. Kita lihat budi baik pekerti pemimpin PAS ini semasa menjawat jawatan awam yang melakukan perkara tidak senonoh dengan staff perempuan dan hinggakan dibawa kemuka pengadilan. Beliau paling suka pada perempuan bertubuh besar dan matanya sentiasa terbeliak dan diselindung disebalik ketayap putehnya. Amirudin dengan isteri keduanya yang dikatakan kekasih lama. Dikatakan yang isteri masih bersuami selepas mereka bercinta dan berkasih semula. Akhirnya hancur sebuah rumahtangga. Bukan rumahtangga sahaja yang runtuh tetapi KHTP sudah ditinggalkan jauh dari segi pelaburan baru. Ini adalah dibawah jagaan beliau. Perlbagai kerenah yang dulunya mereka jadikan peluru untuk hentam pemimpin-pemimpin BN menjadi kebiasaan kepada mereka kini. Hukum-hakam Islam hanya dikenakan ke atas kepada orang UMNO. Kepada mereka semua boleh .... Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/09/dulu-lain-kini-lain.html#ixzz1qmOaKSrQ

No comments:

Post a Comment