Monday, March 12, 2012

Sedarlah! 1,000 gerai Melayu diroboh Posted by The Unspinners at 2/13/2011 Utusan Malaysia melaporkan: BUKIT MERTAJAM 7 Feb. - Lagi tindakan merobohkan gerai peniaga di Pulau Pinang oleh pihak penguat kuasa kerajaan negeri. Kali ini ia melibatkan penjaja sekitar Taman Pelangi apabila Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memulakan operasi besar-besaran selama seminggu untuk merobohkan kira-kira 1,000 gerai di situ yang didakwa beroperasi secara haram. Operasi yang bermula kira-kira 9 pagi ini disertai 180 anggota penguat kuasa MPSP, Perbadanan Bekalan Air (PBA), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan beberapa anggota polis. Keadaan yang pada mulanya tenang bertukar kecoh apabila rata-rata peniaga yang terlibat berang dan tidak puas hati terhadap tindakan MPSP yang didakwa tidak adil serta menjejaskan periuk nasi mereka. Seorang peniaga mi, Abdul Kadir Mohamad, 54, memberitahu, selama tiga hari berturut-turut dia turun naik ke pejabat MPSP di Bandar Perda, dekat sini, untuk berbincang dengan ahli majlis supaya peniaga di situ diberi peluang meneruskan perniagaan. "Semalam, kami jumpa, merayu kepada mereka lagi dan diminta jangan bimbang, selagi pakatan pembangkang memerintah, gerai saya dan yang lain akan selamat. Tetapi, mereka tipu saya, hari ini mereka datang dan roboh juga.-Utusan Ahli Majlis MPSP, M. Ramachandran yang di temuramah Utusan berkata, “Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, sebaliknya akan merobohkan semua gerai yang melakukan penyambungan haram,” Pihaknya sudah mengeluarkan notis sebanyak empat kali dalam tempoh tiga bulan dan terakhir semalam bagi memberi peluang kepada peniaga mengosongkan premis masing-masing tetapi tidak diendahkan. Inilah cara DAP bekerja. Konon mengikut undang-undang kalau berurusan dengan Melayu. Notis dihantar 4 kali sebelum di roboh. Itu adalah alasan undang-undang mereka. Kata mereka, kerajaan amal prinsip CAT dan tidak rasis untuk robohkan gerai-gerai peniaga Melayu. Alasan mereka, peniaga Cina pun kena, kononnya. Bagaimana pula nak jawab untuk gerai-gerai peniaga bukan Melayu yang diberi keistimewaan di Raja Uda, Chai Leng Park atau pun di sekitar Georgetown. Mereka kata ketuanan rakyat dan utamakan kebajikan rakyat tapi kenapa bila berurusan dengan rakyat, terutama peniaga kecil dan orang miskin yang tiada sumber pendapatan lain, kebajikan dan kepentingan mereka tidak didahulukan? Sepatutnya datang berbincang dahulu dengan wakil peniaga di kawasan berkenaan. Maklumkan masalah PBA dan cari jalan penyelesaian. Peniaga mendapat bekalan air secara sah, dan PBA mendapat pelanggan baru dengan kadar yang banyak. Kalau notis saja sampai, maknanya tidak mahu bincang dan selesaikan masaalah. Kertas notis sampai maknanya bukan boleh mahu dengar masalah. Pendik kata, ini adalah cara DAP hapuskan peniaga kecil melayu secara sistematik dengan menggunakan undang-undang yang sah dan alasan kononnya mereka hanya menjalankan tugas mereka. Fahamkah PAS bila dalam cermah DAP kepada orang Cina, DAP disebut “kita kasi angkat ini pulau”? Petikan dari Pisau dan Malayaraya Surat dari [pihak berkuasa bertarikh 6/2/2011 dan notis roboh 30 hari dari tarikh notis. Tapi gerai sudah dirobohkan kelmarin! Apa halnya tu? Lihat video di bawah :- Kenyataan Dato' Musa Extension ini tidak dirobohkan pula! Lihat video di bawah :- Di manakah TKM 2 Pulau Pinang yang menjadi wakil rakyat Taman Pelangi? Tidur ka? ------------------------------------------- Sebentar tadi MiM dan rakan blogger berada di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang. Di sana diadakan demonstrasi aman peniaga-peniaga kecil Melayu di sana. Di sini MiM sertakan gambar-gambar yang diambil sebentar tadi :- Mereka berasa tertipu dan tindakan kerajaan Lim Guan Eng DAP yang berat sebelah. Jika merujuk kepada notis yang diterima oleh mereka, notis tersebut bertarikh 6hb Februari 2011 dan di dalam notis itu menunjukkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan 30 hari dari tarikh notis tersebut dikeluarkan. Tetapi hari ini baru hari ke-4!! Rujuk di bawah :- Contoh extension kedai-kedai yang tidak diambil tindakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Bukan itu sahaja. Terdapat gerai-gerai yang tidak dirobohkan. Mereka marah kerana pihak berkuasa telah lipih kasih di dalam hal ini. Di manakah keadilan? Dan dimanakah P.Ramasamy, TKM 2 Pulau Pinang yang juga merupakan Ahli Parlimen kawasan tersebut. ------------------------------------------- Nasib Peniaga Melayu Tidak Seindah Nasib Peniaga Cina. Apa nak jadi dengan nasib peniaga-peniaga kecil Melayu Pulau Pinang? Tatkala kerajaan Lim Guan Eng DAP beria-ia merobohkan gerai-gerai Melayu, beliau bersikap pilih kasih dan menutup mata kepada kesalahan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga bukan Melayu. Dan adalah amat memualkan apabila Lim Guan Eng memberi amaran supaya tiada pihak yang memburk-burukkan kerajaan beliau tapi dalam masa yang sama, ketidakefesienan dan tidak kompetennya Guan sebagai KM Pulau Pinang semakin terserlah! Lihat foto di bawah :- Gerai-gerai Cina di tepi jalan dan menganggu jalanraya tapi tiada tindakan undang-undang! Dan bandingkan pula dengan video dan foto-foto di bawah :- Di bawah adalah beberapa foto yang di ambil oleh rakan blogger MPP :- Inilah nasib peniaga-peniaga kecil Melayu di Pulau Pinang. MiM berasa amat kecewa dan simpati kepada mereka. Kita semua tahu bahawa peniaga-peniaga kecil Melayu tidak sehebat peniaga-peniaga kaum bukan Melayu yang lain. Bermula dengan kos permulaan berniaga yang kecil, peniaga-peniaga Melayu cuba untuk berniaga demi sesuap nasi keluarga yang bergantung kepada pendapatan perniagaan mereka. Dan inilah yang mereka perlu hadapi. Lim Guan Eng mungkin sudah besar kepala dan tidak perlu lagi menjaga hal ehwal kaum Melayu Pulau Pinang tapi jangan sampai 'Pak Ali' bertambah ramai di Pulau Pinang ini ! Dikumpul dari MIM

No comments:

Post a Comment