PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, March 7, 2012
Surat Tun Dr. Mahathir Kepada Nik Aziz
3:12 PM Nur Eisha Fatihah 0
Pas, digertak oleh Tun Dr. Mahathir, mereka tak peduli. Langsung tak kisah dengan teguran yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir. Tetapi bila diGERTAK sekali dengan Karpal Singh, Pas terus tukar matlamat perjuangan NEGARA ISLAM ke NEGARA KEBAJIKAN.
Mursyidul Pash memang gemar bermain politik, malah tidak segan silu memperkudakan nas-nas di dalam al-hadith dan al-kitab untuk memperkotak-katikkan musuh-musuh politik beliau. Mengakui berjuang untuk Islam, walhal untuk undi politik, beliau terlupa perjuangannya umpama langit dengan bumi dengan perjuangan para anbiak dan para sahabat di dalam mendaulatkan kebenaran Islam.
Jika Rasulullah SAW sendiri berjuang mendepani barisan hadapan hingga giginya patah terkena lemparan batu, mursyidul am Pas ini seronok bersemayam ke sana ke mari di dalam mercedez berhawa dinginnya. Hanya kerana sepucuk surat yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir, yang tidak pun mengancam nyawa dan harta bendanya, beliau mengambil keputusan untuk menggugurkan rancangan melaksanakan hudud parti sesumpah.
Sudahlah tuan mursyidul, anda pun sudah mula tidak dihormati di dalam parti ajaran sesumpah anda sendiri. Kebenaran akan tetap terserlah selama mana pun kami terpaksa menanti. Jika tuan seorang yang adil wahai mursyik-doll parti sesumpah, ceritakanlah bagaimana anda dan juak-juak anda merangka apa yang anda panggil hudud parti sesumpah itu kononnya.
Posted in: Islam, Mahathir, Nik Aziz, PAS, UMNO
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Eh, ada entri yang berkaitan rupanya:
Nik Aziz Tidak Akan Bertaubat - Mahathir
Nik Aziz Tidak Akan Tunduk Kepada Tun Mahathir
Nik Aziz Akui Kebijaksanaan Tun Mahathir
Bukti Nik Aziz Mengkafirkan UMNO - Chedet
Apabila DAP Bercakap Tentang Akhirat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment