Monday, March 19, 2012

UMNO dan PAS ibarat Mujahirin dan Ansar. Share Topik perbincangan: 2 Ular Bersatu = Menjadi Naga Melayu "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara 2 saudara kamu itu, dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat." [ Al-Quran, Surat Ke 49, Ayat 10 ] ((( Rahsia Itu Hanya Untuk Makhluk Yang Mampu Memahaminya ))) Nasihat Atuk... Hantarkan gambar ini ke semua senarai pertubuhan mereka, bantu atuk untuk bantu Melayu kembali menjadi MUKMIN, Atuk bukak lembaran perbincangan ini, untuk melihat bagaimana cucu boleh pecahkan pemerintahan rahsia ini, dengan hanya dibekalkan santapan dari atuk, hasil dari nasihat di atas. Selamat Mencuba... Setitik dakwat, boleh membuatkan manusia memikirkan dengannya. -Megat Panji Alam- Kisah Silam lwn Kisah Masa Depan... Nabi Muhammad Al-Amin pernah menyatukan 2 rumpun Arab... 2 rumpun itu namanya Muhajirin & Ansar. Hari ini datang lagi, siapakah gerangan Muhajirin & Ansar masa kini ? Dan siapakah nama penuhnya pemimpin yang kita nanti tak lama lagi? ((( Manusia Menjadi Musuh Kepada Apa Yang Tak Diketahuinya ))) -Megat Panji Alam- buang yang keroh, ambik yang jernih, baru teguh peribadi, barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun diri. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. Takkan Melayu Hilang Di Dunia -Megat Panji Alam- atuk perhatikan ada 3 golongan cucu : 1 = sangat suka umat Melayu bersatu kembali. 2 = komen ada sindiran, macam tak percaya, tapi niat nak bersatu. 3 = langsung taknak bersatu, dia sangka dia baik, tapi hati dia jahat. Nak mengenali manusia baik senang sahaja, lihat tindak balasnya ketika bertanya dan ketika menjawap. Benih yang baik kalau campak ke laut, MEMANG PASTI JADI PULAU. Perhatikan baik2 dan teliti kan semua komen2 di atas, atuk sangat berkenan dengan komen2 cucu yang dikategorikan sebagai nombor_1, cucu yang dikategorikan sebagai nombor_2, jelas seorang yang kedudukannya di atas pagar, dan cucu2 semua sedia maklum, dari bendera warna manakah gerangan cucu2 yang bahasanya dikategorikan masuk nombor_3. Tahukah cucu ku sekalian yang dikasihi... budi bahasa dari golongan manakah sangat pekerti ? - dari warna hijau kah bahasa pengikutnya elok ? - dari warna merah kah bahasa pengikutnya elok? - pemimpin yang baik akan menghasilkan pengikut baik. - seorang guru belum dianggap mursyid, kalau pengikutnya BIADAP. - seorang pemimpin belum dianggap baik, apabila pemimpin itu menyebabkan perpecahan umat, sehinggakan dalam 1 masjid ada 2 imam, dan mendatangkan rasa kecewa pada Atuk dan sultan2. - perhatikan, pengikut dari bendera manakah, suka mendoakan orang lain dengan kata2 cela, kata2 hina, kata2 musibah, sedangkan doa itu dia tujukan kepada saudaranya sendiri, iaitu orang Islam, manakan mungkin seorang Islam mendoakan saudaranya sendiri ke arah binasa. Tanah Melayu umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan, telah ramai kapal karam di dalamnya... andai muatan orang Melayu adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara 2 saudara kamu itu, dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat." [ Al-Quran, Surat Ke 49, Ayat 10 ] -Megat Panji Alam- http://www.rahsiadunia.com/video/WaktuAzan.pps Atuk ingin pesan... Dari Anas r.a. dari Nabi saw, sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang kamu, sebelum ia menyukai untuk saudaranya sesama Islam, apa yang disukainya untuk dirinya sendiri." -Megat Panji Alam-

No comments:

Post a Comment