Friday, April 6, 2012

Bila ada yang mengaitkan PAS sebagai golongan khawarij terpikir untuk mencari bentuk persamaan samaada dakwaan selama ini PAS yang acap kali dikaitkan dengan kumpulan ini benar-benar ada kesamaannya. Jika difahami maksudnya secara asas ‘Khawarij’ bermakna-mereka yang keluar!. Khawarij pada asalnya kelompok muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali dan akhir menentang kembali kepimpinan Ali. Kaitan PAS dengan golongan khawarij telah mempopularkan lagi PAS –golongan yang pada mulanya didasari ahli golongan keadilan dan kejujuran telah mula berubah angin perjuangannya. Sudah memadai jika kita beranggapan bahawa perjuangan puak khawarij PAS didasari rasa benci dan bermatlamatkan politik semata-mata dari terus memperjuangkan agama islam yang mendasari perjuangan PAS sebelum ini. Hasil dari kepimpinan pemimpinya, Abdul Hadi Awang dan juga suara keramat Tuan Nik Aziz Nik Mat telah berjaya meliberalkan PAS dari perjuangan Islam kepada perjuangan bermatlamat politik semata-mata. Jika dilihat hasil dari pendirian baru PAS mereka adalah golongan yang begitu bernafsu berlumba-lumba menempatkan diri dalam kancah politik negara. Adakah perjuangan yang mereka cuba hasilkan demi kepentingan Islam yang dulu mereka sanjungi telah digadaikan begitu rendah demi menandingi pesaingan politik sedia ada dan benarkah PAS ikhlas dalam perjuangan Islam yang masih dipegangnya menjadi persoalan untuk kita fikirkan. Perkembangan politik PAS sangat membimbangkan kerana mereka sudah mula bermain tarik tali dalam perjuangan asal mereka-dengan menindakkan perjuangan musuh politik mereka sudah berani menggunakan pendekatan cuba mengkafir dan merendah-rendahkan kredibiliti orang lain. Perwatakkan warak ala-ala mereka yang bijak dalam membawa imej Islam adalah satu sandiwara yang berselindung dari niat jahat dan berhati syaitan . PAS tidak lagi dilihat ikhlas dalam usaha memartabatkan bangsa,agama dan negara-yang mereka tahu adalah politik yang mesti diperjuangkan terlebih dahulu. Matlamat yang menghalalkan cara telah menjadi manifestasi perjuangan baru mereka- memburuk-burukkan sesama sendiri dan musuh adalah perkara biasa. Menanamkan rasa kebencian dan kekeliruan kepada pemerintah untuk meraih undian rakyat dengan cara meminta simpati melalui strategi kotor telah mempelopori dasar perjuangan mereka. Bertambah sedih lagi bila mereka bekerjasama dengan parti yang terang-terangan memusuhi Islam dan Melayu (DAP) saban hari telah menjadikan mereka sebuah parti kaldai yang mudah ditunggangi dan dipaksa membawa muatan walaupun terpaksa menanggung risiko dan korbankan diri sendiri. Ulama dan kerajaan negara Islam sekarang melabelkan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa sebagai golongan “Khawarij baru” kerana golongan pengganas seperti ini menghalalkan segala perbuatan, tindakan bertentangan dengan matlamat mereka serta hanya mereka yang sebenarnya betul dan yang lain semuanya musuh kerana tidak sekufu dengan mereka . Pendekatan menggunakan hukum kafir kepada yang berbeza dengan perjuangan PAS melalui takfir dihalalkan sesenang hati mereka. Jelaslah bahawa PAS selayaknya boleh dikategori satu parti yang mirip dengan pengganas-kerana ‘khawarij baru’ menghalalkan segala perbuatan yang jahat dan berniat jahat untuk menghapuskan yang lain disebabkan bukan satu aliran perjuangan mereka. Peringatan jelas kepada PAS gunakanlah pendekatan Islam dalam berpolitik seperti sebelumnya dan bukan berpolitik untuk tujuan mempertaruhkan agama Islam demi mencapai cita-cita politik. FROM..http://penaksj.wordpress.com/2011/08/18/pas-khawarij-baru-yang-selayaknya-digelar-pengganas/

No comments:

Post a Comment