PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, April 21, 2012
Nik Ajis: Sambutan Maulidur Rasul Tiada Fadilat
Maulidur Rasul tiada fadilat, tapi gaul yee sang banyak fadilatnya.
Umno Kelantan menyifatkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini adalah kompromi demi politik.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini kerana tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama.
"Umno Kelantan dukacita dengan kenyataan Nik Aziz kerana Maulidur Rasul telah menjadi amalan di negara ini.
"Beliau sanggup mengatakan tiada fadilat dalam sambutan itu semata-mata atas kehendak politik DAP dan membelakangkan amalan yang dibuat di negara kita, sambutan itu bukan sahaja diamalkan di negara kita malah ianya juga diamalkan dinegara-negara Islam lain," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin Umno Bahagian Kubang Kerian, di Kota Bharu hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang antara lain dilaporkan sebagai berkata bulan 'Maulud' tidak mempunyai fadilat atau sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.
Kenyataan Mursyidul Am PAS itu menimbulkan kontroversi memandangkan kerajaan Pulau Pinang yang diteraju DAP iaitu sekutu PAS dalam pakatan pembangkang sebelum ini dikecam kerana didakwa membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul di negeri tersebut. DAP bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga
memperkecil-kecilkan sambutan Maulidur Rasul yang telah sekian lama diamalkan di negara ini.
"Saya yakin umat Islam tidak setuju dengan pandangan (Nik Aziz) ini," katanya.
- Bernama
nota: betul tak apa yang det tulis kelmarin, nik ajis ni kalau dia bersuara, mesti akan keluar benda-benda bodoh dari mulut dia, nah sekarang dia kata bulan Rabiulawal tiada kelebihan dan sambutan maulidur Rasul tiada fadilat. jadi sambutan apa yang ada fadilat di mata nik ajis? apa dia nak seluruh umat islam sambut birthday dia ke baru ada fadilat? sudah la hari tu dia kata orang yang curi selipar dia tu kerana nak ambil berkat, wahh melampau orang tua ni, apa kata kita minta kerajaan negeri kelantan buat sambutan besar-besaran birthday nik ajis nanti, suruh orang pas buat perarakan mungkin itu ada fadilatnya.
Posted by det 6 comments at 8:41 AM
from..http://darulehsantoday.blogspot.com/2010_02_01_archive.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment