Monday, April 23, 2012

PANAS! Di Sebalik Gambar Yang Disorokkan Dari Orang Ramai, Tersimpan Kisah Tersendiri Posted on Isnin, 23 April 2012 by MymassaVoice in MyMassa rasa ramai dah tengok gambar ni. Kisah kemalangan kereta Proton Preve yang baru dilancarkan dijaja di merata tempat oleh golongan anti kereta nasional tersebut. Cuba tengok gambar ini pula. Gambar yang tak dijaja di merata tempat sebagaimana gambar di atas. Di sebalik gambar ini, tersembunyi kisah yang telah banyak diceritakan sama ada secara lisan atau melalui blog. MyMassa ambil kisah ini di blog ini (http://www.aku-sempoi.com/2010/07/kisah-ketam-melayu-dan-ketam-cina.html). Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam. Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka? Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu? Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina? Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la…. Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup? Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la. Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka? Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. Apa yang MyMassa nak sampaikan, kisah golongan anti Proton terutamanya orang Melayu sama seperti kisah ketam Melayu. Pantang ada anak Melayu menghasilkan sesuatu yang baik, pasti ada yang akan melekehkannya. Kalau setakat lekeh je ok lagi, ni sampai tahap menjahanamkan reputasi syarikat tersebut. Produa tak de pulak orang Melayu nak perlekehkan sebab tau yang cipta dan reka Produa adalah orang Jepun, bukan orang Melayu. Sebab tu gambar kerosakan Perodua tak dijaja di merata-rata tempat. Akhir kata, MyMassa kongsikan gambar ini pula. Pernah tak korang dengar orang Itali kutuk Ferrari sebagai mana orang Malaysia kutuk Proton walaupun kereta Ferrari ni mampu terbakar secara 'automatik'. *Ambli tauladan kisah ketam Melayu dan ketam Cina. Sebab MyMassa dah tukar dengan contoh kereta Ferrari, kita ubah tajuk cerita tu kepada Kisah Ketam Melayu dan Ketam Itali. Punyalah orang Malaysia kagum dengan Ferrari sampai pemimpin pembangkang ni pun pakai Ferrari jugak. Posted by MymassaVoice on Isnin, 23 April 2012 at 10:40 PG

No comments:

Post a Comment