PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, April 21, 2012
PAS dah korup dan sesat, Tak layak perjuang Islam
Posted by The Unspinners at 11/03/2010
Gambar2 seterusnya akan dedahkan dan ingatkan betapa korup dan sesat PAS yang mengaku mereka perjuangkan Islam. Apa yang mereka lakukan hanya sebagai seorang ahli politik yang sanggup lakukan apa saja demi politik.
Pada mula kempen di Galas bermula, orang tak percaya kalau dikatakan PAS kini korup, pemberi rasuah politik, dan beli undi. PAS sudah guna kuasa untuk ugut, tabur duit dan samseng terhadap peniaga dan petani Cina untuk memastikan undi untuk mereka.
Orang-orang Asli pula telah ditindas dengan begitu kejam. Tanah mereka dirampas. Hutan ditebang. air dicemar. Semua untuk dapat duit dari taukeh-taukeh Cina seperti Dato KK Tan, Bernard Loh, Ah Min, dan lain2. Kononnya pembangunan, ladang rakyat beri duit bulanan pada semua, dan pekerjaan.
Sekarang rakyat satu Malaysia dapat lihat bagaimana teruk keadaan penindasan kerajaan PAS negeri. Mereka merampas dan mencuri tanah rakyat. Mereka sanggup tipu seolah-olah mereka buat kerja.
Untuk menutup mata rakyat dan memastikan mereka dapat terus menang, mereka menabur pelbagai janji tipu. Rakyat diberi hiburan dan riadah seperti Husam memberi hadiah cabutan nombor bertuah. Bukankah nombor bertuah itu ada elemen judi?
Kesanggupan PAS untuk politik dan undi tidak ada batasan dan had lagi. Cabutan nombor bertuah adalah judi yang halus. Dalam sorok2 pun, ada pihak yang lihat dan petik gambar arak berada ditepi dewan dalam majlis makan malam PAS untuk pengundi2 Cina di galas.
Apa lagi yang mahu dikatakan Islam apabila menuduh UMNO sebagai korup tapi diri mereka pun bergelumang dengan rasuah. Tapi ngaku pejuang orang Islam dan orang yang tak sokong mereka sebagai kafir.
Di hadapan semua rakyat Malaysia, Ustaz Halim mengakui PAS akan beri RM200-250 untuk pengundi luar. Kalau belanja balik pun, tak adalah sampai RM200-250.
Rugi pengundi luar, orang Asli diberi RM300 seorang. Lihat gambar bawah ini yang mana penduduk Pos Sengrod diberi duit cash yang ditunjuk terbuka.
Bukan saja penggiat politik PAS, atau taukeh2 dibelakang mereka yang tabur duit, rupanya Nik Aziz yang kononnya ulamak dan ada dewakannya sebagai wali pun turut sama memberi rasuah.
Tolonglah, usah nak berhelah dan beri alasan ini adat sedekah wang pada orang muallaf baru masuk Islam. Usah putarbelit ayat quran dan hadis untuk menghalalkan yang salah.
Tak ada adat dan amalan Melayu sedemikian.
Ini hanya sesuatu yang dibuat masa pilihanraya. Kenapa perlu majlis itu dibuat semasa kempen pilihanraya? Maka wang itu juga adalah wang yang diberi masa pilihanraya!
Inilah PAS.
Masaalahnya mereka memberi gambaran ali dan menggunakan agama serta menjaja ayat Quran dan Hadis untuk kuasa. Mereak bukan pejuang Islam jika lakukan perkara2 sedemikian tapi hanya AHLI POLITIK yang sedia lakukan apa saja demi kuasa.
Mereka sedia salahgunakan masjid dan surau untuk tidak henti2 politik hingga memecahkan perpaduan sesama rakyat.
Jelas masjid dan surau tidak boleh digunakan untuk urusna ini. Majlis ugama Kelantan oun ada peraturan sedemikian, tapi Nik Aziz sendiri langgar. Bila tak dibenarkan, seperti ADUN Tendong dalam gambar atas, mereka ugut untuk buang Pak Imam yang menjalankan tanggungjawab.
Inilah PAS yang Galas sudah dedahkan!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment