PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, April 10, 2012
PAS Menyesatkan Umat Islam
Posted on 27 February 2012 by BOS
Tidak hairanlah Ahmad Said mengatakan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat apabila bekas Pesuruhjaya PAS sendiri bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu itu.
PAS yang selama ini memperjuangkan Islam terus dibelenggu permainan politik Pakatan Rakyat terutama DAP hingga sanggup menyuruh perbuatan Mungkar dan melarang perbuatan Makruf. Perkara ini dijelaskan sendiri bekas Pesuruhjaya PAS, Hasan Ali ketika di Kuala Terengganu.
Beliau berkata dalam ucapan tersebut bahawa PAS sanggup menyokong penganjuran demonstrasi yang kononnya memprotes system pilihanraya namun melarang para penyokong mereka daripada menyertai Himpunan Sejuta Umat dalam usaha menyelamatkan akidah Umat Islam.
Mengapa PAS mula berlembut soal murtad dan akidah umat Islam. Apabila JAIS menyiasat kehadiran 12 orang Islam yang dipercayai sedang dimurtadkan, para pemimpin atasan PAS sekadar mengambil langkah “menyiasat sendiri” laporan bekas Pesuruhjaya PASnya di Selangor, Hasan Ali. Sama ada mereka tidak percaya lagi kepada cakap Hasan Ali atau sebaliknya.
Dalam satu kenyataan Hadi Awang mengatakan bahawa, ” UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang. Mereka boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara.”
Nasarudin Mat Isa pernah mendesak agar pucuk pimpinan parti itu membuat pendirian rasmi mengenai isu akidah berkenaan melepasi batas sempadan politik. Beliau berkata, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab diakhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam dinegara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin!
PAS lebih rela Umat Islam sesat asalkan matlamat mereka menakluk Putrajaya tercapai……..
Comments (0)
DAP mula berkuasa tanda zaman kejatuhan PAS sedang berlaku….
Tags: DAP zaman kejatuhan PAS parasit
DAP mula berkuasa tanda zaman kejatuhan PAS sedang berlaku….
Posted on 27 February 2012 by KingKong
Panji-panji ‘parasit’ dalam PAS sedang berarak menuju zaman kejatuhannya manakala DAP akan menang besar pada Pilihanraya Umum ke-13, itu ramalan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Hasan Ali.
Di sebalik kemenangan itu kata beliau, PAS yang sudah hilang sokongan orang Melayu dan Islam meneruskan sisa perjuangannya dengan simpati rakan sekutunya yang disifatkannya lebih berkuasa iaitu DAP dan PKR.
Dalam konteks Selangor jelasnya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu yang diwakili DAP dan PKR akan terus bertahan pada PRU 13, malah mungkin ada yang menang dengan majoriti lebih besar.
“PAS akan jatuh merudum dan menjunam kerana ahli-ahli sudah hilang keyakinan serta kepercayaan untuk menuju sebuah Negara Islam,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah di Taman Bandar Chukai, Kemaman malam tadi.
Dihadapan kira-kira 12,000 hadirin kata Dr. Hasan, PAS yang sudah meninggalkan agenda Negara Islam itu dilihat sudah tergelincir hingga sanggup menjadi kuda tunggangan kepada seorang pemimpin yang memperjuangkan keselamatan negara Israel.
“Pas sanggup berkerjasama dengan Ketua Umum PKR (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) yang telah mengiktiraf Israel dan juga seorang pemimpin yang mempunyai pelbagai rekod jenayah moral yang amat buruk,” katanya.
Apa yang dikesali tambahnya, PAS terpaksa menerima risiko berkenaan (menerima kekalahan besar) ekoran parti itu telah lari daripada prinsip perjuangan asal kepada memperjuangkan negara kebajikan.
“Semua pemimpin dan ahli PAS perlu sedar perkara ini dan perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan kembali kepada matlamat perjuangan asal untuk membentuk sebuah negara Islam,” katanya.
Hasan berkata, beliau amat sedih apabila melihat PAS yang terpalit dan terpaksa menanggung malu terhadap setiap salah laku yang dilakukan oleh pemimpin parti lain dalam Pakatan Rakyat termasuk pelbagai kesalahan yang melibatkan moral.
“Sebagai contoh, jika ada pemimpin DAP atau PKR ditangkap khalwat, PAS akan menanggung malu terhadap perbuatan mereka ini kerana berada dalam Pakatan Rakyat.
“Saya berharap seluruh kepimpinan PAS di Terengganu untuk berfikir kembali samada perlukah mereka terus berkompromi dengan DAP yang terang-terang menentang Islam dan perlukah PAS terus terpalit dengan masalah yang dilakukan DAP serta PKR,” soal beliau.
Comments (0)
Negara Kebajikan PAS agenda Yahudi!!!
Tags: pas parti ajaran sesat
Negara Kebajikan PAS agenda Yahudi!!!
Posted on 24 February 2012 by KingKong
Negara berkebajikan yang direncanakan PAS sebenarnya adalah satu retorik semata mata. Malah Yb Hassan Ali sendiri mengakuinya ketika beliau masih lagi didalam PAS.
PAS sebenarnya telah Gagal dalam memperjuangkan Islam sepertimana yang mereka laungkan sebelum ini. Dan pekara ini semakin hari telah diakui oleh ramai ahli ahli PAS sehingga ada yang bertindak keluar dari parti PAS ekoran matlamat PAS yang sudah jauh memesong dari landasan yang sebenar.
PAS sesat kerana Politik dan dipengaruhi oleh DAP yang sememangnya ingin menghancurkan islam…
Ketua dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda PAS Tantawi serta bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyokong penuh apa yang dinyatakan oleh Yb Hassan Ali dalam membela dirinya dari fitnah pemimpin PAS yang lain. Sokongan yang bertali arus ini juga bukan nya datang dari kalangan pemimpin PAS dan juga ahli mereka sebaliknya ramai orang Melayu yang mana parti politik mereka sama ada UMNO, PKR dan lain lain menyokong apa yang diucapkan Hassan Ali tempoh hari.
Blogger pro Kerajaan juga menyokong kenyataan Hassan Ali dalam memartabatkan Islam, Melayu dan Institusi Raja kerana apa yang dinyatakan ini adalah selaras dengan perlembagaan negara yang mana kita perlu dukung.
tidak kira lah parti mana pun pemimpin itu namun jika matlamatnya iaitu demi Islam, Melayu dan Raja Raja diperjuangkan maka kita wajib menyokong nya. UMNO sudah lama dengan perjuangan ini dan adalah satu pekara yang menarik, kini makin ramai pemimpin parti lain bersama sama UMNO dalam hala tuju yang sama.
Comments (0)
Toh Chin Yaw Difitnah PAS isu ‘Runtuh’ setelah SPRM ditempelak dan dihantar laporan palsu
Tags: PAS fitnah kerajaan isu stadium Runtuh, PAS tipu rakyat
Toh Chin Yaw Difitnah PAS isu ‘Runtuh’ setelah SPRM ditempelak dan dihantar laporan palsu
Posted on 23 February 2012 by KingKong
PAS masih terus memutarbelit fakta isu SSMZA, terbaru dengan melibatkan Exco kerajaan negeri Terengganuyang kononnya telah mengeluarkan kenyataan yang ‘meremehkan’ kejadian binaan kerajaan negeri yang runtuh atau rosak, yang kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
ADUN Bandar Dato’ Toh Chin Yaw, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan Dan Alam Sekitar dikatakan kononnya tidak kesal dan menganggap kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh, adalah perkara biasa.
Toh dilaporkan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Terengganu Kali Ke 33, 2012. Majlis tahunan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar tersebut diadakan pada Selasa 21 Februari di Dewan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Sebelum ini tiga orang wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong telah memperbaharui laporan berkaitan tragedi bumbung stadium runtuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menghantar laporan palsu.Walaupun laporan palsu, laporan ini sudah pasti meletakan kakitangan JKR Terengganu dalam kegelisahan kerana mereka bakal dipanggil untuk soalsiasat lagi.
Dalam Laporan kepada SPRM , Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia.“Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kitatidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat? ke hantu yang curi?
Perkara ini telah diakui tidak benar samasekali oleh pihak Pengurusan Stadium dan menganggap sebagai satu pembohongan dan fitnah yang boleh mencemar nama baik pihak pengurusan stadium dan mengesahkan janakuasa tersebut masih berada dalam stadium berkenaan.
Mengenai dakwaan Syed Azman peralatan “training” atau alat latihan yang dicuri dari stadium ini, pihak pengurusan stadium telah menjelaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali yang mana peralatan berkenaan telah dipindahkan ke Trek Olahraga Majlis Sukan Negeri bagi kegunaan latihan athelik SUKMA serta masih digunakan hingga kini.
Pengurusan Stadium juga menangkis dakwaan Syed Azman bahawa kerusi dari stadium ini juga telah dicuri. Katanya Syed Azman hanyalah sekadar melengkapkan siri-siri pembohongan yang mana sebahagian kerusi stadium ini telah rosak ditimpa struktur bumbung semasa kejadian runtuhan dan menjelaskan mana-mana kerusi dari tempat kejadian yang masih boleh dibaiki telah dipindahkan ke Padang C Komplek Sukan dan Trek Latihan Majlis Sukan Negeri untuk diguna semula. Menakala kerusi-kerusi di Bahagian Barat Stadium yang tidak terlibat dengan runtuhan bumbung stadium masih lagi kekal di situ.
Video Bukti Pembohongan Syed Azman Isu Stadium Runtuh
Mengenai isu kelewatan pembaikian stadium, Pihak JKR melaporkan pihaknya sering mendapat tekanan daripada kerajaan serta parti memerintah iaitu UMNO dan BN yang meminta stadium ini dibaiki segera. Namun pihak JKR berkata perkara ini melibatkan kepentingan awam serta risiko kemalangan nyawa, oleh itu pihaknya telah melantik juruperunding intergriti bagi memeriksa tahap keselamatan untuk pembaikan serta memerlukan masa untuk tujuan ini dan tidak boleh tunduk kepada tekanan parti memerintah atau pembangkang untuk cepatkan kerja pembaikan walaupun peruntukan yang mencukupi telah disediakan oleh kerajaan.
Kejadian malang keruntuhan Stadium ini adalah akibat kecuaian pihak akitek perunding semasa menyediakan rekabentuk stadium ini. Tindakan haruslah diambil oleh pihak kerajaan terhadap akitek yang cuai ini dan bukanya kepada pegawai dan kakitangan Jabatan yang telah menyelia pembinaan stadium ini hingga siap dan dapat digunakan sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah mengharumkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan Negara.
Kejadian keruntuhan bumbung stadium ini tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana parti politik, UMNO mahupun Barisan Nasional kerana parti yang memerintah hanyalah meluluskan belanjawan sahaja. Keseluruhan perjalanan projek Sultan Mizan adalah diuruskan pegawai kerajaan dan bukanlah oleh orang politik . Oleh itu adalah tidak bermoral sama sekali pihak PAS menyalahkan UMNO dalam keruntuhan bumbung stadium ini.
Sebelum ini Dr. Alias telah membuat kenyataan fitnah kepada kerajaan negeri dengan menyatakan kerajaan negeri Terengganu telahpun menerima serahan projek stadium daripada kontraktor dalam keadaan Jabatan Kerjaraya tidak bersetuju menerimanya kerana projek berkenaan masih belum sempurna. Sedangkan fakta sebenar JKR telah menerima serahan projek selaku Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini.
Pihak pengurusan stadium meminta kerajaan menguruskan rombongan pelajar-pelajar sekolah ke stadium ini bagi menyaksikan sendiri pembohongan yang telah dibuat oleh tiga pemimpin PAS, bertujuan mendidik mereka tidak suka kepada pembohongan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment