Saturday, April 21, 2012

PAS tak mungkin jadi parti alternatif kepada bangsa melayu. February 11, 2011 · 23 Comments Gelagat kolaborasi PAS dan DAP setiap kali melakukan jimak politik, pasti akan menyaksikan kebangkitan yang akan memberahikan penyokong-penyokong mereka yang mampu mencetuskan politik ala rimba! Dari demonstrasi jalanan.., hinggalah amalan wala’ kepartian, tingkah laku sumbang PAS dan DAP semakin meloyakan. Lihat sahaja ‘tingkah laku islamik’ yang dibawa oleh DAP yang dibimbing oleh PAS sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini. Semuanya menjanjikan aksi menjolok mata yang tak mampu diterima dengan akal waras. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS.., mungkin jiwa mereka sedang sakit.., hati mereka penuh dengan dendam malahan nafsu untuk berkuasa mereka semakin membuak-buak. HARI demi hari umat Islam dan Melayu dipertontonkan dengan pelbagai tingkah laku memalukan dan fatwa yang mengelirukan oleh parti PAS, hal ini bukan sahaja berlaku bermusim, tetapi ia berlaku sepanjang tahun. Ia semakin menjadi-jadi apabila berlakunya pilihanraya kecil yang menjadi kilang fatwa bagi lebai-lebai PAS. Daripada perbuatan khianat terhadap agama, menjadikan bohong sebagai amalan, sanggup menjadi pecacai kafir DAP untuk menindas orang Melayu sehinggalah insiden mengkafirkan orang Islam lain. Semua ini dilakukan tanpa sebarang rasa bersalah terhadap pegangan hidup serta matlamat yang dituntut agama. Lebih malang lagi, PAS kini sanggup membiarkan rakan politik bukan Islam mereka mengkafirkan orang Islam yang berbeza pandangan politik. Semuanya kerana kegilaan mereka untuk menumbangkan satu lagi kepimpinan umat Islam yang mereka sifatkan jahiliyah dan juga sekular. Tetapi jika dibandingkan dengan tuduhan tersebut, apa bezanya dengan PAS yang mendakwa mereka lebih baik dari umat Islam lain didalam negara. Sebuah parti yang mengakui berlandaskan Islam, PAS sepatutnya lebih tahu dan sedar tentang kekhilafan perjuangan mereka apabila berkerjasama dengan musuh-musuh Islam. PAS memilih jalan untuk mencari kemenangan dengan berpeleseran bersama rakan-rakan politik kuffar yang ada ketikanya dulu mahu direjam oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Ini secara tak langsung menunjukkan betapa PAS kini telah dikuasai oleh sifat riak dan takabbur yang mereka cipta. Sikap taksub melampau dan keinginan yang menggila kepada jawatan dan kedudukan inilah yang menyebabkan sehingga hari ini PAS semakin kabur akan identiti perjuangan mereka yang sebenar. Pemimpin-pemimpin PAS sudah lupa apa yang hendak mereka perjuangkan hanya kerana pengaruh dari puak kuffar yang mereka jadikan rakan sebantal. Di bawah jagaan arwah Fadzil Noor, PAS masih lagi sebuah parti berorientasikan perjuangan menegakkan perjuangan Islam. Namun kini jika dilihat dengan teliti, PAS telah bertukar menjadi sebuah parti haprak jalanan sehingga para pemimpinnya sendiri sanggup menjadi boneka kepada kumpulan manusia-manusia kuffar yang terang-terang anti kepada perjuangan serta pembangunan ukhwah Islam. Jika arwah Fadzil Noor serta pengasas-pengasas PAS masih lagi hidup, mereka pasti tidak rela menyaksikan bagaimana pemimpin sebuah parti Islam menjadi pak turut dalam suatu agenda memusnahkan bangsa dan agamanya sendiri hanya kerana dendam dan gilakan kuasa. Apatah lagi untuk melihat bagaimana DAP boleh memijak-mijak serban pemimpin-pemimpin PAS dengan sewenang-wenangnya. Namun itulah yang berlaku kini dengan disaksikan oleh jutaan umat Islam di Tanah Melayu ini. Umat Islam berbangsa melayu sekarang ini menjadi saksi bagaimana PAS menggadaikan maruah Islam mereka kepada DAP. Semua ini dilakukan dengan rela oleh kepimpinan PAS hanya kerana kepentingan politik mereka sendiri. Semuanya kerana kuasa, jawatan dan kedudukan yang tak mampu dibawa mati! from..http://www.mykmu.net/?p=6847

No comments:

Post a Comment