PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, April 8, 2012
Sejarah Jadi Bukti, Janji Geran Tanah Dapat Jentolak Tanah
Posted by 1tenang on January 26, 2011 · Leave a Comment
LABIS 26 Jan - Pengundi di Labis diingatkan agar tidak termakan umpan pembangkang kalau tidak mahu nasib mereka menjadi seperti di negeri yang dikuasai pembangkang.
“Di Pulau Pinang janji nak bagi geran tanah tapi bila mereka menang penduduk (Kg Buah Pala) dapat jentolak tanah. Habis dah kampong tersebut.
“Di Selangor pula sebelum ayam berkokok mereka nak tutup kilang arak terbesar Carlsberg, ayam pun dah penat berkokok…. Di Kedah Menteri Besarnya serba tak tahu…. tanya masalah air, parit, sampah semua tak tahu….paling senang jadi Menteri Besar di Kedah. Di Kelantan dah 20 tahun memerintah tapi masalah air tak selesai-selesai.
“Pengundi di Labis jangan terpukau, tersilau dengan janji bulan bintang pembangkang”, demikian kata bekas Ketua Penerangan PKR, Hj Ruslan Kassim dalam satu ceramah di Taman Suria di sini.
Jelas beliau lagi calon yang ditampilkan Pas bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bukanlah untuk memartbatkan wanita tetapi satu bahan uji kaji saja.
“Pas tiada pendirian dan sekarang lebih teruk lagi kerana telah diperkudakayukan DAP dan PKR”, katanya.
Sementara itu bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Fairus Khairuddin pula berkata Pas sebenarnya sedar mereka hanya dipergunakan pakatan pembangkang terutama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Lihat di Pulau Pinang tiada pun wakil rakyat Pas yang dilantik menjadi Exco walaupun untuk menjaga portfolio agama Islam. Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri, saya ada bertanya hal ini tapi Anwar berkata jangan bagi muka kepada orang Pas kerana Pas kalau dah bagi betis nak peha.
“Inilah wajah Anwar dan DAP yang hanya mahu pergunakan Pas saja”, katanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar dan pakatan pembangkang yang memperbesarkan pemberian air percuma di Selangor.
“Yang mereka tak bagi tahu berapa hutang mereka kepada Syabas kerana bagi air percuma? Berapa ramai rakyat Selangor tak dapat air percuma? Kenapa di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, mereka tak bagi air percuma?
“Inilah pembohongan dan putar belit mereka yang patut rakyat tahu dan pengundi di Tenang tahu agar tidak tertipu”, katanya.
from..http://1tenang.wordpress.com/2011/01/26/sejarah-jadi-bukti-janji-geran-tanah-dapat-jentolak-tanah/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment