PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, April 10, 2012
Tags: aman kampus, politik pas
Bila PAS Terancam
Posted on 21 February 2012 by BOS
Program Aman Kampus merupakan satu program jelajah mahsiswa seluruh Negara dalam usaha mendekati masyarakat setempat. Di samping itu, program ini juga dapat memberi rangsangan kepada pelajar sekolah supaya belajar bersungguh-sungguh.
Namun apa yang mendukacitakan apabila pihak BO memberi laporan memburukkan program tersebut semata-mata bertujuan kepentingan politik PAS…
Baru-baru ini Buletin Online melaporkan Aman Kampus yang telah ke Sekolah Menengah Agama Tok Jiring telah mengajak para pelajar sekolah menari termasuk juga Ahli Parlimen Dato’ Nasir Ibrahim Fikri yang dicop sebagai penggalak hiburan. Tidak juga terlepas ADUN Tepoh Ustaz Ramli Nuh yang dikatakan menyokong tindakan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Hasil penyelidikan wartawan BOS melalui medium yang boleh dipercayai, bukti berjaya diperolehi. Dalam program Aman Kampus terdapat satu slot yang dipanggil info siswa. Penjelasan slot berkenaan boleh dibaca seperti di bawah ini:
INFO SISWA :
Program info siswa ini melibatkan edaran flyers dan penerangan balas tentang hujah-hujah silap dan keliru dalam merasuki dan meracuni fikiran rakyat. Mahasiswa dan NGO yang terlibat akan berkunjung ke tempat-tempat spesifik dan menjadi kunjungan orang ramai seperti di rumah, dataran, pasaraya dan kedai makan.
Mereka ini akan menjelaskan kepada golongan kelompok kecil rakyat berkenaan isu-isu semasa dan situasi sebenar yang berlaku. Kejayaan dan pencapaian kerajaan pimpinan Y.B Dato’ Seri Najib Razak sekarang juga akan diterangkan dengan lebih jelas.
Comments (0)
Benarlah Kata Ahmad Said Terhadap PAS (Parti Ajaran Sesat)
Tags: ahmad said, nik aziz, parti ajaran sesat, PAS
Benarlah Kata Ahmad Said Terhadap PAS (Parti Ajaran Sesat)
Posted on 20 February 2012 by BOS
Tuduhan melampau yang dilemparkan puak-puak PAS ke atas saudara sesama Islam iaitu orang UMNO sebagai kafir cukup menghiris hati…… Para pemimpin PAS yang begitu arif tentang agama dengan mudah mengkafirkan Orang Islam tanpa mempunyai bukti yang kukuh.
Tidak terdapat satu hadis pun yang membenarkan Umat Islam boleh mengkafirkan Orang Islam yang lain.
Hadis Rasulullaah yang terdapat dalam Sahih Bukhari yang bererti :
“Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya “
Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah SAW bersabda yang bererti :
“Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.”
Inilah akibatnya apabila mengkafirkan sesama Islam……
from..http://buletinonlines.net/2012/02
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment