Saturday, May 19, 2012

Adakah Anwar Ibrahim Dari Anak Luar Nikah???? Umum harus mengetahui dan bertanya kenapa Anwar tidak pernah mengangkat salasilah diri dan keluarganya untuk menjadi tatapan dan perbincangan umum tidak seperti pemimpin-pemimpin lain yang banyak menceritakan mengenai salasilah keturunan dan latar belakang keluarga. Mak Yan dikatakan bukan bonda sebenar kepada Anwar Ibrahim sebaliknya hanya merupakan mak tiri sahaja, kerana Anwar dikatakan mempunyai ibu dari keturunan Cina hasil hubungan Datuk Ibrahim dan seorang perempuan Cina. Keluarga Rosak Buku pertama yang mendedahkan serba sedikit berkenaan latar belakang keluarga Anwar adalah buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” “Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh. “Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan”, “Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai ‘politician’ Malaysia serta imej ‘Pak Sheikh’nya. “Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba ‘menyembunyikan’ kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya. Seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar. Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis. Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai ‘kehebatan’nya sebagai pemimpin. Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu ? Siapa ibu bapanya ? Bagaimana susur galur keturunannya ? KLIK DISINI Posted by Malaysia Post at 8:00 PM Labels: SEJARAH ANWAR IBRAHIM from..http://malaydelima.blogspot.com/2011/05/adakah-anwar-ibrahim-dari-anak-luar.html

No comments:

Post a Comment