Saturday, May 19, 2012

Buku Jingga Lebih Utama dari Al-Quran? Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan. Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun dan satu mesyuaratpun tak pernah dibuat. Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka. Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah. Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan. Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis mesyuarat, keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan utama PR. Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan Buku Jinggay sebagai dasar bersama. Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan tiada tempat untuk perlaksanaan hudud. Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang lari dari PR. Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka PAS pula apabila Buk:- Beruang Biru Posted by Malaysia Post at 4:00 PM 0 comments Labels: PAS Perlu Ke Polis Lindungi Ambiga?? Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu teksi kehilangan pendapatan seharian serta mengotorkan jalanraya, Ambiga Sreevanesan berharap akan dapat pulang berehat di rumah agamnya di kawasan elit Bukit Damansara sebagai seorang pejuang rakyat yang keletihan, baru pulang dari perbatasan. Namun, tidak terjangka oleh Ambiga bahawa mereka-mereka yang terkesan dari perbuatannya itu akan membalas dendam dengan mengganggu hidupnya pula. Tidak sangka semangat srikandi rakyat ini begitu pantas goyah apabila sekumpulan peniaga IKHLAS dan Bekas Tentera, berniaga dan bersenam di hadapan rumahnya. Walaupun gangguan yang dihadapinya tidak termasuk kerugian dari segi kewangan, mahupun menyekat pintu rezekinya seperti yang dialami oleh rakyat yang terlibat, tetapi Srikandi murtad dan LGBT yang dipandang mulia oleh PAS ini jelas amat tertekan apabila sukar untuk masuk ke kawasan rumah sendiri. Hairan, bagaimana seorang pejuang fahaman liberal yang kuat, bersemangat tinggi dan begitu hebat boleh menjadi sebegitu gabra hanya kerana “sukar untuk keluar masuk ke kawasan rumahnya”. Mungkin juga bauan asap burger membuatkannya lemah jantung atau senaman ponggong sekumpulan bekas tentera kita pula membuatkan darah tingginya naik secara tiba-tiba. Tidak tahan melihat tekanan yang dihadapi Ambiga akibat “sukar keluar masuk ke rumah”, A. Samad Said juga turut merayu agar jangan diganggu Ambiga. Apapun, dengan meminta bantuan polis dan Majlis Bandaraya untuk menangani masalah ‘sukar keluar masuk ke rumah sendiri”, Ambiga telah mengaku kalah. Seolah-olah menjilat kahak sendiri Ambiga langsung tidak malu meminta bantuan mereka-mereka yang digelarnya ‘anjing’ yang dihina sebagai pemalas, lembab, bodoh. Mereka-mereka ini jugalah yang dituduhnya sebagai korup, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya. Ya, kali ini Ambiga mungkin akan menafikan yang beliau pernah menghina polis, kerajaan dan semua agensi-agensi kerajaan tetapi hakikatnya, itulah yang dimomokkan saban hari oleh puak berfahaman liberal dan juga ekstremis Cina yang bernaung di bawah berbagai-bagai nama pertubuhan dan parti politik yang menyokong BERSIH. Maka, sahlah, manusia yang bernama Ambiga ini tidak sehebat mana pun di mana hanya kerana “sukar nak masuk ke rumah” pun sudah meroyan dan merengek kepada A.Samad Said. Bayangkan, jika beliau berada di tempat peniaga-peniaga yang mengalami kerugian itu bagaimana agaknya reaksinya? Mungkin bakar diri juga sudahnya. Sewajarnya pihak polis dan kerajaan tidak perlu mengambil pusing dengan rengekan Ambiga. Persetankan saja jika Ambiga dan kuncu-kuncunya menuduh pihak polis sebagai tidak professional jika tidak melindungi privasinya kerana percayalah, mereka akan tetap menuduh yang sama tak kira apa pun kebaikan yang dilakukan oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan mereka, masyarakat dan negara keseluruhannya. KEPADA PIHAK POLIS, KITA MENYERU AGAR JANGAN SEKALI-KALI LUPA BAHAWA BEBERAPA RAKAN ANDA HAMPIR KEHILANGAN NYAWA KERANA AMBIGA. JANGAN LUPA LAUNGAN PERUSUH YANG INGIN MEMBUNUH SEMUA POLIS-POLIS YANG ADA. DAN JANGAN LUPA PEGANGAN UNDANG-UNDANG AMBIGA IAITU: MELERAIKAN DEMONSTRASI ADALAH PERBUATAN TIDAK DEMOKRATIK. AKHIR SEKALI, JANGAN LUPA BAHAWA MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA PESERTA DEMONSTRASI BERSURAI ADALAH SATU BENTUK ‘KEGANASAN POLIS’ MENGIKUT AJARAN AMBIGA. Justeru, biarlah rakyat berdemo di hadapan rumah Ambiga dengan apa saja cara yang mereka suka termasuk mengganas sekali pun. Jika beliau ingin rakyat berhenti mengganggunya, bayar saja pampasan kerugian yang dialami mereka, habis cerita. Kalau tak ada duit, jual saja rumah agam tersebut dan kembalilah ke estet kalau pun tidak ke negara asal nenek moyangnya. Tapi tak mungkin Ambiga tak ada duit. Entah berapa dana Zionis NED yang diterimanya dan entah berapa yang disonglapnya pun tak ada siapa tahu. Tak gitu? Posted by Malaysia Post at 1:00 PM 2 comments Labels: Bersih 3.0 from..http://malaydelima.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment