PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, May 5, 2012
PAS Sekarang - Syaitan sama sahaja..!
Posted on
Isnin, 21 Jun 2010
by
MymassaVoice
in
Beza PAS asal dengan PAS sekarang.... (PAS perjanjian Baru). Banyak perubahan pada perjuangan PAS jika dibandingkan dulu dan sekarang. PAS sekarang berubah mengikut masa dan keadaan. Dulu lebih praktikal, sekarang lebih radikal.
Tidak apa bagi umat Islam yang percaya pada janji PAS sekiranya menang pada PRU13. Jika PAS pernah bersumpah untuk memartabatkan Islam dalam negara ini, kita bersumpah Islam tidak akan berjaya dimartabatkan selagi adanya DAP dalam kalangan mereka. Bukankah Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam di bawah pentadbiran BN? Apakah DAP mengiktiraf PAS yang hendak menjadi pemimpin negara Islam yang mengamalkan Hudud dan Kisas?
Semua rakyat tahu. Malah penyokong PR tahu, tetapi mereka memperjudikan nasib dengan tindakan bakal dibuat sekiranya mereka menerajui kepimpinan negara kelak. Merekalah penjudi dalam erti kata sebenar.
Inilah motto PAS dalam kempen pilihanraya 40 tahun lepas.. Di manakah perjuangan Bangsa itu sekarang?
UNDILAH BULAN BINTANG UNTUK KAAGUNGAN UGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR!
DIKLUARKAN OLEH JABATAN PENERANGAN PAS NEGERI KELANTAN
Itu dulu.. Sekarang PAS dah keluarkan bintang, tinggal bulan sahaja sebagai lambang. Jadi tiada lagi ciri-ciri keislaman pada lambang sekarang. Ianya memberi makna mendalam yang membawa maksud - lebih cepat untuk dicapai (cita-cita menawan negara) sampai ke bulan tidak perlu ke bintang dengan roket merah sahabat karib.
Lupakah perjanjian ini? Kertas lengkap dalam laman sahabat :http://www.kitagempur.com
Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,
PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.
Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:
5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,
5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam. (individu sahaja, bukan pertubuhan)
Sekarang PAS yang dipimpin Mudalilul Am telah berjaya membawa pembaharuan dengan mengkhianat janji yang dibuat oleh mereka dulu. Beginikah puak yang kita hendak letakkan kepercayaan sedangkan Hudud yang diperjuangkan sudah tiada lagi kedengaran khabarnya sekarang?
Apakah mereka menunggu Karpal menjadi mayat, barulah hendak diteruskan usaha mereka? Kita bukan tidak mahu mengangkat pemimpin PAS menjadi ketua dalam negara ini, tetapi mampukah Mudalilul Am PAS itu mengotakan janji-janjinya akan perjuangan parti mereka?
Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah,
"siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya".
Ternyata PAS tetap mengkafirkan UMNO sehingga sekarang umpamanya pada banner di bawah;
PAS tidak berlaku adil kepada UMNO. Perancangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan UMNO untuk berkongsi kuasa ditolak mentah-mentah. DAP yang terang-terangan menolak kerajaan Islam dijadikan rakan seperjuangan. Kononnya kerjasama dengan DAP lebih baik dengan UMNO. Maka, siapakah kini yang kafir setelah sanggup berkongsi kuasa dengan orang kafir?
Imbas kembali apa yang pernah diperkatakan dulu.....
Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".
Sudah lupakah PAS?
Dan inikah wajah PAS sebenar untuk mendirikan pemerintahan Islam apabila berkuasa kelak? Baca kenyataan yang berputar belit seperti dibawah....
Pada 12 Mei 1999, TGNA menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,
“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam".
Pada 4 Ogos 2001, TGNA menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,
“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu".
Anehnya pada masa yang sama PAS mengelirukan rakyat dengan kenyataan tolong kerajaan Islam yang diusulkan PAS. Kata-kata mereka berubah-ubah mengikut keadaan dan kehadiran khalayaknya.
Pada 24 Januari 1999 TGNA memberitahu bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS,
“Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima".
Jadi benarlah. Syaitan telah diterima bersama-sama dengan PAS walaupun tahu hakikatnya bersubahat dengan Syaitan dalam apa jua keadaan bertentangan dengan ajaran agama. Apakah bantuan Syaitan boleh membawa kepada kegemilangan kerajaan Islam tajaan PAS?
Dan sebagai bukti DAP menolong kepada Kerajaan Islam, Karpal telah mengeluarkan kenyataannya seperti di bawah dan PAS tetap sanggup bekerjasama demi KUASA, PANGKAT dan KEDUDUKAN..........
Ingatlah wahai orang Islam, jangan terpengaruh kepada mereka sedangkan kita tahu apa yang mereka pernah kata dan apa yang dilakukan sekarang... Kami bukan memenangkan UMNO tetapi kami tolak pendirian puak yang mengkhianati janji...
kata pendakwah yang juga Ahli Majlis Agama Negeri, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki.
“KELEMAHAN umat Islam bukan kerana kekuatan orang kafir sebab Allah SWT tidak beri pertolongan kepada orang kafir tetapi kepada kita (umat Islam). Jadi, kekuatan itu sepatutnya pada kita,”
Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.
Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.
Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "
(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)
Wallahu a'lam
Posted by Apai Ngelai
Posted by MymassaVoice on Isnin, 21 Jun 2010 at 11:29 PG
1 comments:
Tanpa Nama berkata...
sebenarnya perjuangan PAS adalah perjuangan nik aziz.nik aziz sudah menjadi rakus utk menang sejak dia nampak ada peluang selepas PRU-12.apa pun dia redah.sebenarnya PAS bukan sama dgn syaitan,tapi nik aziz yg sama dgn syaitan.buang nik aziz,maka elok la semula PAS.biar kalah di dunia,asal menang di akhirat.tapi nik aziz dah tak peduli akhirat,dia nak jugak kejar dunia walau pun usia dah nak expired.
27 Jun 2010 11:28 PG
FROM..http://mymassa.blogspot.com/2010/06/pas-sekarang-syaitan-sama-sahaja.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment