Kekalahan BN dan cabaran terbesar BN ialah di daerah mengundi Sungai Terah. Penguasaan BN semakin terhakis di Daerah Mengundi Sungai Ber dan juga Pos Brook, iaitu termasuk kawasan pertanian Tanah Tinggi Lojing.
Sungai Ber menempatkan FELCRA Panggung Lalat yang mana sebahagian besarnya dipulangkan kepada Kerajaan PAS Kelantan pada Januari 2008. Sebagaimana yang berlaku di Ladang Sungai Terah yang merupakan platform indoktrinasi politik PAS, begitulah yang dilakukan di Singai Ber.
Tsunami politik 2008 juga melihat peralihan pengundi Bukan Melayu ke pembangkang.
Ini juga turut menghakis undi-undi yang diperolehi oleh YBM Tengku Razaleigh di Parlimen Gua Musang.
Dia melihat peranan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya menarik.
... YBM Tengku Razaleigh tidak akan memimpin jentera pilihanraya seperti panglima perang dan medan PRK tidak akan menjadi medan “Perang Badar” atau “Perang Salib”.DIa lihat tangunggjawab yang bakal dipikul Ku Li bukanlah satu tangungjawab yang ringan. Tetapi Ku Li mampu menggalasnya, lantas menjana transformasi yang kita rindui.
Sebaliknya PRK N45 Galas seharusnya menjadi medan meraikan demokrasi. Lantas ia adalah medan orang-orang baik menjadi calon untuk memberitahu pemilih, niat-niat baik mereka supaya pemilih boleh membuat pilihan yang terbaik antara yang baik-baik.
Inilah yang ditakuti oleh PAS.
Kalau kempen tidak menyertakan ceramah berdegar-degar dengan maki hamun dan sumpah seranah serta melondehkan calon lawan, maka tidak banyaklah di dalam pimpinan PAS di Kelantan yang tahu untuk berkempen.
YBM Tengku Razaleigh Hamzah adalah seorang Negarawan dan sudah sekalian lama berada di atas politik. YBM Tengku sudah lama dilihat menolak fahaman politik ketepi apabila memikirkan arah tuju Negeri Kelantan dan Negara Malaysia.
from.. http://theunspinners.blogspot.com/2010/10/pas-tidak-boleh-berkempen-tanpa-maki.html
No comments:
Post a Comment