Monday, June 11, 2012

N.Ajis mungkir, PAS berdalih


Malaysiakini melaporkan N.Ajis menimbulkan isu royalti minyak. Langsung memungkiri janji yang telah dibuat antara Tengku Razaliegh, yang menyokong tuntutan kerajaan negeri dan kepimpinan PAS Kelantan untuk tidak menimbulkan isu ini sebagai isu kempen.



Menurut Ku Li, kes ini sudah berada di mahkamah, maka adalah subjudice untuk cuba dibincangkan di luar mahkamah.

Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sudah berdalih. Walaupun bersetuju tidak membangkitkan, dia kata isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ia tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah

Bagai dijangka, PAS mula memungkiri janji dengan tidak menurunkan kain rentang yang dipasang seluruh Kelantan. Kemudian, Dewan Musliamh ditangkap menyebarkan risalah isu royalti minyak.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah turut berkata pada Utusan Malaysia sini bahawa "pihaknya juga tidak mengeluarkan arahan khusus supaya isu royalti minyak tidak disentuh pada kempen pilihan raya kecil ini.

"Tidak ada larangan secara total tapi oleh kerana benda ini di mahkamah biar mahkamah tentukan. Mungkin kalau Datuk Husam Musa datang, Pas akan bawa isu ini, bukan semua pemimpin Pas mampu buat olahan mengenai royalti minyak, dia memerlukan fakta dan tahap pengetahuan yang cukup tinggi."

Isu royalti minyak hanya satu permainan persepsi PAS untuk menangkis serangan bertubi terhadap N.Ajis yang terlibat dalam pelbagai tindakan rasuah, salahguna kuasa, dan nepotisma.

Ada baik ditimbulkan kembali isu-isu terhadap Nik Aziz yang berkaitan dengan PMBK dan Ariffahmi. Tapi ia hanya akan melarikan perhatian dari isu tempatan yang PAS tertekan tidak dapat jawab. 
 




 

No comments:

Post a Comment