NIK ABDUH BONGKAR RAHSIA NIK AJIS
Akhirnya, rahsia perjuangan sebenarnya
Nik Ajis terbongkar jua. Bukan orang lain yang bongkar, tetapi anaknya
sendiri. Mungkin kerana terlalu excited nak gantikan tempat Din Pudu,
maka terlontarlah perkataan tersebut dari mulut Nik Abduh. Ingatkan
selama ini Nik Ajis yang sibuk kononnya dengan perjuangan Islam,
menyediakan anaknya dengan jalan untuk syurga dan keredhaan Allah.
Rupanya tidak. Isi kitab Nik Ajis rupanya jauh dari sangkaan. Apa kata
Nik Abduh bila ditanya tentang kesediaannya untuk menjadi calun? Ini
katanya...
“Saya sudah sedia jadi
calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk
dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno.”
Nik Ajis ajar dia lawan UMNO yang
majoritinya Islam! Nik Ajis dah semaikan benih kebencian sesama Islam
kepada anaknya selama 40 tahun! Nik Ajis tak ajar dia untuk berbaik
dengan UMNO, tak ajar dia untuk bekerjasama dengan UMNO, tetapi lawan
UMNO! Hebat ajaran orang yang mampu menjanjikan syurga kepada orang lain
ini. Mengapa bukan diajar untuk lawan parti yang yang ahlinya majoriti
bukan Islam? Mengapa mesti berdendam dengan UMNO?
Dengan pengakuan anaknya ini, layakkah
Nik Ajis memegang gelaran Mursyidul? Layak ke dia dipanggil Ulama? Layak
ke Nik Ajis bercerita tentang dosa dan pahala? Dan layakkah Nik Ajis
bercakap tentang syurga? Apakah syahadah Nik Ajis berbeza dengan
syahadah orang UMNO hingga begitu sekali keinginannya melawan UMNO?
FROM.. http://dtenggara.blogspot.com/2012/06/niki-abduh-bongkar-rahsia-nik-ajis.html

No comments:
Post a Comment