PAKATAN : MELONGKANG KAN HAK RAKYAT !
Bantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang
Dalam
sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check
& balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada
penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.
Sebaliknya
di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba
dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.
Ambil
contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR)
di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR
bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor
melibatkan pengambilan padang awam PKNS.
Dalam
kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan
padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi
tak serupa.
Padang
awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai
tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula
merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos
tinggi.
Bantahan
pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk
tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi
tersebut.
Selain
itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada
tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang
diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).
Padang
awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan
luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan
untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.
Bermakna
sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat
permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.
Ia
jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang
bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan
luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial
semata-mata.
Projek
pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah
serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas
sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.
Paling
penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi
keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk
setempat.
PAS
yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah
agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang
semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.
Para
pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat
tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.
Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.
Mereka
lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai
kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah
sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.
No comments:
Post a Comment