PAS tolak hudud: Nik Aziz diminta letak jawatan segera?!!!
October 13, 2011 · 68 Comments
Semalam, seorang kafir harbi yang
diangkat oleh puak-puak PAS untuk menjadi “Khalifah” mereka di Pulau
Pinang telah membuat kenyataan “lawak bodoh” yang cuba
memperbodoh-bodohkan rakyat, terutamanya puak-puak PAS yang sememangnya
sering diperbodohkan itu.
Dalam kenyataan bodoh berkenaan, Guan Eng
memberitahu bahawa PAS dan DAP sudah mencapai kata sepakat untuk
“bersetuju untuk tidak bersetuju” mengenai perlaksanaan undang-undang
hudud di negara ini.
Apa punya berbelit lidah Guan Eng ni? Tak
bolehkah kalau tak belit-belit kenyataan itu? “Straight to the point”
lah! Cakap saja yang PAS dan DAP sepakat untuk tidak bersetuju
melaksanakan hudud, habis cerita. Semua orang faham. Apa Guan Eng ingat
dengan “bermain lidah” sebegitu maka dia boleh perbodoh-bodohkan rakyat
untuk faham makna kenyataan itu? Nampaknya Guan Eng “under estimate”
daya intelektual rakyat Malaysia…
“Khalifah” yang dianggap salah seorang
“Khulafa Ur-Rasyidin” selepas Sayyidina Ali R.A itu memberi alasan pula
bahawa agenda hudud tidak terkandung dan tidak diperbincangkan sama
sekali dalam pertemuan antara kepimpinan DAP, PKR dan PAS, tidak
terdapat dalam agenda buku Jing”gay”, serta tidak wujud dalam rangka
kerja dasar yang disepakati oleh para “mursyidul am” ketiga-tiga parti
itu pada tahun 2009. Kerana itulah hudud tidak dipersetujui.
Jadi maknanya, selama ini PAS hanya syok
sendiri? Begitu? Mursyidul Am PAS, seorang Tok Guru yang didewa-dewakan
PAS itu hanya menipu puak-puak pengikutnya dengan memberi harapan nak
laksanakan hudud, begitu? Jika benar, maka memang Nik Aziz dan PAS
menipulah selama ini…
“Ni Pok Nik Ajiz, ambo nok pese sikek kok
mu nih. Kalu mu raso mu dok se pertahe ke hudud tu, mako mu dok payoh
la janji sano sini. Dok payoh lo mu dok buwitahu sano sini mu nok
kerajaae BN tolok hudud. Padahe, mu sendighi ye tolok hudud nihhhh…!”
(terpaksa ditulis dalam bahasa Melayu Kelantan supaya Nik Aziz faham…)
Selama ini, Nik Aziz canang di seluruh
dunia mengatakan UMNO jahat, UMNO buruk, UMNO kafir, UMNO itu jahat
belaka tiada yang jahat melainkan yang jahat belaka, dengan alasan
bahawa UMNO tolak hudud! Padahal. Kebenarannya ialah UMNO tak pernah
tolak hudud Islam! Yang ditolak ialah hudud ciptaan PAS kerana ianya
tidak adil!
Dan sekarang terbukti sudah bahawa PAS
SENDIRI MENOLAK HUDUD! Buktinya, di dalam kitab suci terbaru PAS,
Al-Kitab Al-Jing”Gay”, PAS tidak sertakan pun hudud di dalamnya. Dalam
rangka dasar Pakatan Haram 2009, tidak ada sebarang dasar pun yang
menyentuh soal hudud. Malah, dalam syura dengan para “Mursyidul Am DAP”
baru-baru ini terbukti PAS sekali lagi menolak hudud dengan tidak
mempersetujuinya, mengulangi apa yang diputuskan Hadi pada 28hb
September lalu.
Justeru itu, usah lagi menyalak soal
hudud dan memberikan harapan palsu kepada puak-puak PAS yang selalu kena
tipu itu. Memberi harapan palsu sebegitu samalah seperti menipu dan
berbohong. Apa Nik Aziz tidak tahu bahawa berbohong itu berdosa?
Apa? Tahaluf siyasi lagi? Macam
perjanjian Hudaibiyah? Dalam perjanjian Hudaibiyah, tahaluf siyasi
Rasulullah itu membawa keuntungan kepada umat Islam. Tapi tahalfu siyasi
PAS dengan DAP ini jelas sangat merugikan Islam secara total! Nak tipu
apa lagi? Tahaluf siyasi PAS yang bodoh dan merugikan…itu hakikatnya!
Kalau Nik Aziz beri alasan “tahaluf siyasi” lagi, maka sekali lagi dia
berbohong! Tambah dosa lagi?
Sudah-sudahlah Nik Aziz. Beri sajalah
jawatan Mursyidul Am PAS itu kepada ustaz Harun Din Al-Hafiz. Beliau
lebih layak! Puak-puak PAS pun sudah celik mata dan tak mahu lagi
tertipu dengan tunduk wala’ pada pemimpin yang merugikan PAS dari masa
ke semasa. Sejak PAS berkawan dengan “setan” sudah banyak kali PAS
dimalukan, dibisukan, rugi dan dikeldaikan sewenang-wenangnya oleh
“setan-setan” dan “agen rejim Yahudi” itu…
Sampai bila nak bertongkatkan jawatan tu? Sampai mati?
Readers Comments (68)
tahniah la PAS Komunis!!!!!…..elok sangat sekrang DAP gantikan PAS!!…segalanya ditentukan oleh DAPigs untuk PAS Komunis!!
jadi tak merasa la kat Kelantan, selangor dan Kedah nak merasa AYAM HUDUD PAS BERKOKOK!! hehehee