Pengkhianatan PAS terhadap Islam (Pengenalan)

Mulai hari ini, kami menyedut tulisan dari Teganuku siri PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM untuk tatapan pembaca untuk dijadikan tauladan.
Sama-samalah kita renungkan apa yang didedahkan untuk penilaian kita apakah PAS itu sebuah parti Islam atau sebaliknya.
Fakta-fakta yang dihasilkan oleh Biro Agama UMNO Malaysia ini pernah diterbitkan dalam bentuk buku kecil oleh Urusetia Biro Penerangan UMNO Malaysia.
PAS
ialah parti politik serpihan daripada UMNO. Apabila ketuanya Tuan Haji
Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan
melawan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj bagi merebut jawatan Yang
Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951, beliau keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu PAS. PAS mungkin terlupa sejarahnya sendiri. Siapa yang luluskan pendaftaran PAS?
PAS nama asalnya Pan Malayan Islamic Party
ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Diizinkan penubuhannya oleh British dan
tidak diharamkan penubuhannya seperti Hizbul Muslimin Gunung Semanggol.
Orang yang meluluskan PAS adalah seorang pegawai British berbangsa
India bernama Nadarajan.
Namun
semuanya tidak kekal lama, Ahmad Fuad bersama beberapa orang ulama
yang pada awalnya menubuhkan PAS kemudian masuk semula ke dalam UMNO.
Kemudian kepimpinan PAS diteruskan oleh seorang doktor kerajaan British (baca di sini).
Bukan Ahmad Fuad sahaja yang kembali selepas itu Asri juga masuk UMNO.
Kepimpinan PAS sekarang akan menidakkan fakta sejarah PAS ini.
Mengapa dalam sejarah PAS tidak diceritakan kisah pengasas PAS sendiri?
No comments:
Post a Comment